Pembelajaran awal Sains dan kompetensi sosioemosi kanak-kanak prasekolah: satu kajian literatur sistematik
Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Ianya membawa kepada penerokaan dan penemuan dunia di sekeliling mereka yang menjadi asas kepada perkembangan pembelajaran sains. Pembelajaran Awal Sains dilihat mempunyai potensi dalam memupuk perkembangan kompetensi sosioemosi kanak-kanak ker...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17321/1/42147-140523-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17321/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Ianya membawa kepada penerokaan dan penemuan dunia di
sekeliling mereka yang menjadi asas kepada perkembangan pembelajaran sains. Pembelajaran Awal Sains dilihat
mempunyai potensi dalam memupuk perkembangan kompetensi sosioemosi kanak-kanak kerana dalam ekplorasi
sains yang mereka jalani bersama rakan-rakan, mereka juga dapat memperkembangkan kemahiran sosioemosi
seperti memahami kepentingan peraturan, belajar menunggu giliran, mendengar arahan dengan baik, bekerjasama
dengan rakan-rakan, membantu orang lain dan mengenali serta memahami perasaan yang berbeza antara setiap
individu. Dalam artikel ini, penulis menerangkan bagaimana Pembelajaran Awal Sains dapat dimanfaatkan untuk
mempertingkatkan kompetensi sosioemosi kanak-kanak. Secara khususnya, makalah ini bertujuan untuk mengupas
sejauh mana aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan kemahiran-kemahiran proses sains yang digunakan berpotensi
dalam memupuk kompetensi sosioemosi kanak-kanak. Berdasarkan kajian literatur yang telah dijalankan, penulis
menyenaraikan dan memperincikan tentang lima elemen-elemen Pembelajaran Awal Sains yang dikaitkan dengan
kompetensi sosioemosi kanak-kanak prasekolah iaitu: i) peluang terlibat secara aktif; ii) peluang interaksi sosial; iii)
peranan guru; iv) persekitaran pembelajaran dan v) pengalaman bermakna. Elemen-elemen ini didapati mempunyai
kesan yang positif dan berpotensi dalam mempertingkatkan kompetensi sosioemosi kanak-kanak prasekolah dan
boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan di prasekolah kerajaan dan swasta di Malaysia. Adalah diharapkan kajian
literatur sistematik ini dapat memperluaskan perspektif dan pemahaman terhadap kebolehlaksanaan Pendidikan
Sosioemosi merentasi kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. |
---|