Kepimpinan transformasional : hubungan serta peramal kepada amalan komuniti pembelajaran professional
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP) guru di sekolah menengah berprestasi tinggi di negeri Selangor. Selain itu kajian ini juga melihat hubungan antara kepimpinan transformasional pengetua de...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17330/1/42125-135039-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/17330/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1300 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap amalan
komuniti pembelajaran profesional (KPP) guru di sekolah menengah berprestasi tinggi di negeri Selangor.
Selain itu kajian ini juga melihat hubungan antara kepimpinan transformasional pengetua dengan amalan
komuniti pembelajaran profesional guru. Sampel adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah
Menengah Berprestasi Tinggi (SBT) di Selangor iaitu seramai 150 orang. Kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan dan soal selidik digunakan sebagai instrumen. Ujian min digunakan untuk statistik deskriptif dan
analisis korelasi dan kaedah ‘bootsraping’ bagi statistik inferensi. Dapatan kajian mendapati tahap amalan
kepimpinan transformasional pengetua adalah tinggi sementara amalan komuniti pembelajaran profesional
(KPP) adalah sangat tinggi. Seterusnya kajian menunjukkan hubungan kepimpinan transformasional dengan
amalan komuniti pembelajaran profesional adalah sangat tinggi (r= .769**, p<0.01) dan dimensi merangsang
intelek merupakan peramal yang dominan terhadap KPP. Dengan ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan
yang berkesan iaitu kepimpinan transformasional dapat memberi impak kepada amalan komuniti pembelajaran
profesional dan ini perlu di terapkan di semua sekolah bagi menghasilkan guru yang berkualiti dan menjadikan
sekolah yang cemerlang dan terbilang. |
---|