Tahap minat dan penerimaan murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran gamifikasi dalam subjek bahasa Melayu sekolah rendah

Bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru mestilah terkini dengan inovasi teknologi semasa bagi melahirkan murid yang berkebolehan abad ke-21. Bahan PdP berasaskan gamifikasi ialah sejenis bahan PdP abad ke-21 yang menggabungkan kandungan pembelajaran dengan mekanik permainan. Matlamat kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Hadibah Hushaini, Zulkifli Osman, Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19981/1/311-589-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/19981/
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/85
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru mestilah terkini dengan inovasi teknologi semasa bagi melahirkan murid yang berkebolehan abad ke-21. Bahan PdP berasaskan gamifikasi ialah sejenis bahan PdP abad ke-21 yang menggabungkan kandungan pembelajaran dengan mekanik permainan. Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana minat dan penerimaan murid terhadap penggunaan bahan PdP berasaskan gamifikasi dalam PdP Bahasa Melayu. Dalam kajian ini, metodologi kajian kuantitatif telah digunakan. Kajian ini melibatkan 120 orang murid tahun lima dari sebuah sekolah rendah. Persampelan rawak mudah bertujuan digunakan untuk memilih responden. Dapatan kajian mendedahkan bahawa murid sekolah rendah mempunyai tahap minat yang tinggi, iaitu dengan tafsiran min 3.96. Selain itu, tahap penerimaan murid terhadap bahan berasaskan gamifikasi juga menunjukkan tafsiran min yang tinggi, iaitu 3.92. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan PdP berasaskan gamifikasi adalah positif di sekolah rendah tersebut. Implikasi kajian ini akan membuka ruang kepada kajian mengenai reka bentuk pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan gamifikasi yang mempunyai prospektif tinggi untuk diplikasikan dalam konteks PdP Bahasa Melayu.