Pemerkasaan wanita melalui pendidikan di Pakistan : suatu kajian terhadap perjuangan Malala Yousafzai
Isu gender merupakan suatu isu yang kini tidak lagi dipandang sebelah mata oleh masyarakat dunia, termasuklah aktor negara mahupun aktor bukan negara. Isu wanita sebagai “jantina yang kedua” bukanlah merupakan sesuatu isu yang direka-reka, namun isu ini merupakan sebuah realiti. Kesaksamaan gender m...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20019/1/293-Article%20Text-421-1-10-20200428.pdf http://journalarticle.ukm.my/20019/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/12 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Isu gender merupakan suatu isu yang kini tidak lagi dipandang sebelah mata oleh masyarakat dunia, termasuklah aktor negara mahupun aktor bukan negara. Isu wanita sebagai “jantina yang kedua” bukanlah merupakan sesuatu isu yang direka-reka, namun isu ini merupakan sebuah realiti. Kesaksamaan gender merupkan satu daripada 17 matlamat yang diutarakan oleh United Nations Development Program (UNDP) di dalam Sustainable Development Goals (SDG) yang bertujuaan untuk mencapai kesaksamaan dan pemerkasaan. Kertas kerja ini memberikan perhatian kepada Pakistan atas sebab kedudukan Pakistan yang merisaukan di Global Gender Gap Index, dengan berada di kedudukan 148 dari 149 pada 2018. Kertas kerja ini bertujuan untuk membuktikan bagaimana diskriminasi di Pakistan itu benar wujud terutama sekali di bawah pimpinan Taliban Pakistan. Skop kajian difokuskan kepada perjuangan Malala Yousafzai dalam memperkasakan wanita melalui pendidikan oleh kerana hak berpendidikan merupakan satu masalah yang paling menonjol di kalangan wanita di Pakistan. Kertas ini akan menganalisis sejauh mana perjuangan Malala dalam memperjuagkan hak wanita untuk mendapat pendidikan di Pakistan. Kajian ini ingin membantu meningkatkan kesedaran manusia sejagat tentang kepentingan kesamarataan jantina terutamanya dalam pendidikan. |
---|