Kesan suhu pengekstrakan akueus terhadap ciri fizikokimia dan antioksidan gam bendi (Abelmoschus esculentus)

Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai ciri fizikokimia gam bendi yang diekstrak pada suhu 25, 40, 60 dan 80 ℃. Ekstrak gam bendi kemudiannya dianalisis bagi penentuan pH, warna, kapasiti pengikat air, reologi dan kandungan fenol jumlah (TPC). Aktiviti antioksidan iaitu pemerangkapan radikal beba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zati Hanani Rashid Ridha, Noor-Soffalina Sofian-Seng, Hafeedza Abdul Rahman, Khairul Farihan Kasim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20254/1/27.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20254/
https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil7_2022/KandunganJilid51Bil7_2022.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai ciri fizikokimia gam bendi yang diekstrak pada suhu 25, 40, 60 dan 80 ℃. Ekstrak gam bendi kemudiannya dianalisis bagi penentuan pH, warna, kapasiti pengikat air, reologi dan kandungan fenol jumlah (TPC). Aktiviti antioksidan iaitu pemerangkapan radikal bebas 2,2-diferil-1-pikrihidrazil (DPPH) serta kuasa antioksidan penurunan ferik (FRAP) turut dijalankan. Hasil berat kering gam bendi menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) pada suhu pengekstrakan 25 ℃ dan 40 ℃. pH ekstrak gam bendi adalah hampir neutral (pH 6.69-6.75) pada suhu pengekstrakan 25 ℃ hingga 80 ℃, mempunyai warna yang cerah dan kuning kehijauan. Kapasiti pengikat air gam bendi yang diekstrak pada 25 ℃ dan 40 ℃ didapati lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding suhu pengekstrakan 60 ℃ dan 80 ℃. Sementara itu, ekstrak gam bendi menunjukkan kandungan fenol jumlah (TPC) yang tinggi secara signifikan (p<0.05) pada suhu 60 ℃ pada kepekatan 9000 μg/mL ekstrak akueus gam bendi berbanding pada suhu 25 ℃, 40 ℃ dan 80 ℃. DPPH dan FRAP menunjukkan korelasi positif (r= 0.337) dan (r= 0395) tetapi tidak signikan (p>0.05). Kesimpulannya, peningkatan suhu pengekstrakan dapat meningkatkan hasil esktrak tetapi memberi kesan pengurangan kapasiti pengikat air serta kelikatan ketara ekstrak gam yang terhasil. Oleh itu, adalah penting untuk mengenal pasti objektif akhir penggunaan gam bendi bagi membolehkannya diekstrak menggunakan suhu yang paling sesuai dengan potensi penggunaannya.