Pemilihan bahasa dalam situasi rasmi di pejabat kerajaan
Kajian ini mengkaji pemilihan bahasa oleh kakitangan kerajaan semasa bertugas di kaunter perkhidmatan pelanggan, bilik perbincangan dan tugasan harian di pejabat kerajaan Putrajaya. Sebagai kakitangan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan yang pelbagai kepada pelbagai masyarakat, mereka perlu...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20561/1/55803-191960-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/20561/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1539 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini mengkaji pemilihan bahasa oleh kakitangan kerajaan semasa bertugas di kaunter
perkhidmatan pelanggan, bilik perbincangan dan tugasan harian di pejabat kerajaan Putrajaya.
Sebagai kakitangan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan yang pelbagai kepada pelbagai
masyarakat, mereka perlu memastikan komunikasi dengan pelanggan adalah sentiasa baik dengan
memilih bahasa yang sesuai antara mereka. Pemilihan bahasa yang kurang sesuai akan
menjejaskan imej dan mutu kerja sesebuah pejabat kerajaan. Kaedah kajian ini adalah
berlandaskan kajian lapangan, iaitu pengedaran borang soal selidik dan kaedah rakaman temu bual
dengan responden. Jumlah sampel kajian ini adalah 400 orang kakitangan kerajaan, iaitu 320 orang
kakitangan berbangsa Melayu, 40 orang Cina dan 40 orang India. Dapatan kajian membuktikan
bahawa pemilihan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah utama dan cenderung untuk
digunakan di kaunter perkhidmatan pelanggan, bilik perbincangan dan tugasan harian. Selain itu,
didapati bahawa terdapat kakitangan kerajaan hanya memilih satu bahasa sahaja, di samping ada
yang memilih dua bahasa dan juga tiga bahasa semasa mereka bertugas di pejabat. Kakitangan
berbangsa Melayu memilih bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan pelanggan Melayu dan
bahasa rojak Melayu dan Inggeris semasa berkomunikasi dengan pelanggan Cina, India dan lain-lain. Kakitangan berbangsa Cina dan India pula cenderung menggunakan bahasa ibunda mereka
dengan pelanggan sesama kaum dan sebaliknya. |
---|