Penilaian pengetahuan dan kesedian menghadapi bencana gempa bumi dalam kalangan guru sekolah di Ranau, Sabah
Gempa bumi Ranau yang melanda pada 5 Jun 2015 adalah gegaran yang paling kuat di Sabah dan menyebabkan penduduk tempatan dalam keadaan panik. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk di Sabah harus dididik agar bersedia untuk menghadapi bencana alam ini yang dijangka akan berlaku dalam masa 20 tahu...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20670/1/26775-80820-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20670/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1116 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Gempa bumi Ranau yang melanda pada 5 Jun 2015 adalah gegaran yang paling kuat di Sabah dan
menyebabkan penduduk tempatan dalam keadaan panik. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk
di Sabah harus dididik agar bersedia untuk menghadapi bencana alam ini yang dijangka akan
berlaku dalam masa 20 tahun lagi. Pelbagai kajian menunjukkan hasrat murni ini akan tercapai
sekiranya pengetahuan pencegahan dan mengahadapi gempa bumi ini diterapkan melalui
pendidikan formal di sekolah. Namun begitu, pengetahuan dan kesediaan guru tentang pencegahan
dan menghadapi bencana gempa bumi perlu diambil kira untuk memastikan mereka bersedia untuk
mendidik murid. Kajian ini yang berpaksikan kaedah penyelidikan gabungan (Explanatory
Sequantial Design) dijalankan untuk mengkaji pengetahuan dan kesediaan guru sekolah di Ranau
untuk menghadapi bencana gempa bumi. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan untuk
memilih 18 buah sekolah yang mengalami kerosakan teruk akibat dari bencana gempa bumi 2015.
Enam orang guru lelaki dan perempuan telah dipilih secara rawak mudah untuk ditemuramah.
Instrument The Spittal Eartquake knowledge and Readiness Scale digunakan untuk mendapatkan
data kuantitatif. Data kualitatif dikumpul dengan menggunakan kaedah temuramah semuka.
Analisis data kuantitatif menunjukkan bahawa tahap pemahaman konsep gempa bumi dan
kesediaan guru untuk menghadapi bencana alam ini adalah sederhana. Terdapat juga perbezaan
yang signifikan tahap pemahaman mengenai konsep gempa bumi dan kesediaan untuk menghadapi
bencana ini antara guru lelaki dan perempuan. Analisis kualitatif menunjukkan tahap pemahaman
konsep dan kesedian guru untuk menghadapi bencana gempa bumi adalah sederhana kerana
mereka tidak jangka bahawa kawasan Ranau berisiko tinggi. Guru perempuan mempunyai
pengetahuan yang lebih baik berbandingkan guru lelaki dalam menghadapi bencana gempa bumi
kerana mereka meneroka maklumat melalui internet, akhbar, laman web dan group Whats App.
Penemuan kualitatif juga merumuskan bahawa guru lelaki lebih bersedia menghadapi bencana
gempa bumi berbanding dengan guru wanita. Oleh itu, disarankan agar pihak Jabatan Pendidikan
Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah dengan kerja sama NGO menganjurkan kursus dan latihan
untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan bencana gempa agar mereka lebih bersedia
untuk menghadapi bencana gempa bumi dan menyalurkan ilmu ini kepada murid di sekolah. |
---|