Penerokaan terhadap penguasaan bahasa kedua murid Orang Asli Temiar : suatu etnografi kajian kes
Komuniti Orang Asli merupakan antara kumpulan minoriti yang mempunyai masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua. Pencapaian yang lemah dan kurangnya kajian terhadap murid Orang Asli pada peringkat sekolah menengah mendorong kajian ini dijalankan. Oleh yang demikian, kajian...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20802/1/59059-196261-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/20802/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Komuniti Orang Asli merupakan antara kumpulan minoriti yang mempunyai masalah dalam penguasaan Bahasa
Melayu (BM) sebagai bahasa kedua. Pencapaian yang lemah dan kurangnya kajian terhadap murid Orang Asli
pada peringkat sekolah menengah mendorong kajian ini dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk
meneroka penguasaan BM murid Orang Asli Temiar. Selain itu, cabaran dalam proses penguasaan BM sebagai
bahasa kedua dalam kalangan murid Orang Asli Temiar turut diteliti untuk memberi pemahaman yang lebih holistik.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan etnografi kajian kessebagai reka bentuk kajian. Seramai 13
orang peserta kajian telah dipilih secara persampelan bertujuan dalam penyelidikan ini yang terdiri daripada lapan
orang murid Orang Asli dari suku kaum Temiar, dua orang guru dan tiga orang wakil ibu bapa. Data dikumpulkan
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan nota lapangan untuk memperoleh gambaran mendalam mengenai
fenomena yang dikaji. Kajian ini dijalankan di sekolah berasrama menengah Orang Asli tunggal di Malaysia yang
terletak di Sungai Siput, Perak. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah perbandingan berterusan
untuk pembentukan tema dan subtema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid Orang Asli Temiar melalui
aktiviti perkembangan bahasa yang boleh digolongkan kepada pembelajaran secara sedar dan pemerolehan secara
semulajadi. Usaha untuk membudayakan penggunaan bahasa Melayu didapati terpengaruh dengancabaran-cabaran
yang telah dikenal pastidalam proses penguasaan bahasa kedua mereka. Oleh itu, kajian ini memberi pemahaman
baharu berkenaan penguasaan bahasa kedua dalam kalangan murid Orang Asli dan seterusnya memberi implikasi
kepada penambahbaikkan dalam merangka strategi pengajaran dan pembelajaran BM sebagai bahasa kedua khususnya
dalam kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia. |
---|