Keperluan pekerja kurang upaya penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam

Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam pekerjaan mereka. Antara isu yang sering dihadapi oleh pekerja OKU penglihatan adalah pengangkutan, kemahiran dan latihan vokasional, tahap pendidikan, sikap negatif majikan, kekurangan peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amalia Qasrina Kamal Azrul, Aizan Sofia Amin, Azahah Abu Hassan Shaari
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24327/1/509_517%20764332555241PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24327/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam pekerjaan mereka. Antara isu yang sering dihadapi oleh pekerja OKU penglihatan adalah pengangkutan, kemahiran dan latihan vokasional, tahap pendidikan, sikap negatif majikan, kekurangan penguatkuasaan dasar dan persekitaran yang tidak kondusif di tempat kerja. Selain itu, pekerja OKU penglihatan juga mempunyai keperluan yang khusus berbanding pekerja lain. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meneroka keperluan pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Kajian ini dijalankan sekitar kawasan Lembah Klang yang melibatkan empat orang informan terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Rakaman temu bual telah ditranskrip secara verbatim dan dianalisis secara tematik. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga keperluan utama bagi pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam, iaitu dari segi keperluan pengangkutan, kebolehcapaian di tempat kerja dan kemudahan di tempat kerja. Justeru itu, kajian ini mencadangkan supaya pihak-pihak berkepentingan mengambil langkah yang proaktif dalam memenuhi keperluan pekerja OKU penglihatan dalam sektor perkhidmatan awam supaya kesejahteraan mereka dapat dipertingkatkan.