Analisis domain terhadap penggunaan bahasa kebangsaan di Greater KL

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan rasmi negara, manakala bahasa Inggeris berfungsi sebagai bahasa perhubungan luas. Sebagai tambahan, bahasa Mandarin dan Tamil turut menjadi bahasa pengantar di sekolah vernakular. Kepelbagaian bahasa di Malaysia telah menimbulkan persoalan tentang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Fadzeli Jaafar, Mohammed Azlan Mis
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24643/1/Gema%20Online_24_3_10.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24643/
https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1733
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan rasmi negara, manakala bahasa Inggeris berfungsi sebagai bahasa perhubungan luas. Sebagai tambahan, bahasa Mandarin dan Tamil turut menjadi bahasa pengantar di sekolah vernakular. Kepelbagaian bahasa di Malaysia telah menimbulkan persoalan tentang sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu, khususnya bukan Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan bahasa kebangsaan di Greater KL Lumpur. Kuala lumpur telah dipilih sebagai kawasan kajian kerana ia merupakan pusat budaya, sosial dan politik yang dapat menggambarkan kepelbagaian di Malaysia. Seramai 493 responden yang merangkumi kaum Melayu dan bukan Melayu telah dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik yang telah diedarkan merangkumi maklumat demografi, penggunaan bahasa dalam pelbagai domain. Penggunaan bahasa telah diukur berdasarkan empat domain: kekeluargaan dan persahabatan, media, pekerjaan dan pendidikan. Hasil kajian menunjukkan kaum Melayu mempunyai sikap positif terhadap bahasa Melayu dalam semua domain, manakala kaum bukan Melayu (Cina dan India) memperlihatkan sikap negatif dalam domain media dan kekeluargaan. Hasil kajian juga mendapati responden yang berpendidikan tinggi menunjukkan sikap yang positif terhadap bahasa Melayu berbanding yang kurang berpendidikan. Perbezaan sikap kaum Melayu dan bukan Melayu terhadap bahasa Melayu dipengaruhi oleh sistem pendidikan. Majoiriti kaum Melayu mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala kaum Cina dan India pula bercampur-campur disebabkan oleh latar pendidikan di sekolah vernakular dan di sekolah kebangsaan. Sebab itu, sikap mereka terhadap bahasa Melayu agak sederhana atau negatif.