Penandaarasan kualiti pengajaran: kajian kes terhadap penyedia khidmat latihan terpilih di Lembah Klang (Benchmarking for quality of teaching: a case study on selected training service providers in Klang Valley)

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengukur prestasi serta pencapaian tatakaedah pengajaran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berbanding dengan rakan penandaarasan dalam kalangan penyedia latihan terpilih di Lembah Klang. Hasil kajian akan membolehkan pihak MPC mengenal pasti amalan terba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Anuar Mohd Ali, Nadiah Maisarah Abdul Ghani
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5460/
http://www.ukm.my/jqma/index2.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengukur prestasi serta pencapaian tatakaedah pengajaran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berbanding dengan rakan penandaarasan dalam kalangan penyedia latihan terpilih di Lembah Klang. Hasil kajian akan membolehkan pihak MPC mengenal pasti amalan terbaik dalam menjamin kualiti pengajaran dan jurang perbezaan antara rakan penandaarasan. Pihak MPC juga akan dapat mengenal pasti kehendak pelanggan yang inginkan kualiti dalam pengajaran mereka. Responden dalam kajian ini terdiri daripada peserta kursus yang menghadiri program yang dijalankan oleh penyedia latihan berkaitan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti. Seramai 113 orang atau 52.3% peserta kursus adalah dari MPC, 61 orang atau 28.3% dari Syarikat A dan 42 orang atau 19.4% peserta dari Syarikat B. Analisis perihalan digunakan dalam kajian ini bagi melihat peratusan kepuasan dan persetujuan responden berkaitan dengan tatakaedah pengajaran yang diamalkan. Selain itu, ujian ANAVA turut digunakan untuk menguji kewujudan perbezaan signifikan antara kaedah pengajaran yang berbeza. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden berpuas hati dengan tahap prestasi bagi kaedah pengajaran yang digunakan oleh MPC bagi kebanyakan faktor seperti penyampaian jurulatih, kesungguhan jurulatih, suasana dan tempat latihan, alat bantuan mengajar dan bahan, kandungan dan kesesuaian tempoh masa. Namun, penambahbaikan berterusan oleh pihak MPC adalah amat perlu bagi memastikan tahap ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.