Perspektif guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan
Kajian tinjauan ini dijalankan untuk meninjau perspektif guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan. Selain itu, kajian ini meninjau perbezaan perspektif antara guru di sekolah khas, guru resos dan guru tipikal sekolah di aliran perdana terhadap keterl...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8387/1/Chap4.pdf http://journalarticle.ukm.my/8387/ http://ejournal.ukm.my/jpend/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian tinjauan ini dijalankan untuk meninjau perspektif guru terhadap keterlibatan akademik dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan. Selain itu, kajian ini meninjau perbezaan perspektif antara guru di sekolah khas, guru resos dan guru tipikal sekolah di aliran perdana terhadap keterlibatan akademik murid. Sampel kajian merupakan 46 orang guru yang mengajar murid dengan ketidakupayaan penglihatan di sekolah menengah pendidikan khas dan sekolah menengah aliran perdana yang menawarkan program pendidikan khas integrasi (masalah penglihatan) di sekitar Lembah Klang. Instrumen kajian merupakan satu set borang soal selidik yang ditadbir ke atas sampel guru. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, perspektif guru terhadap keterlibatan akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan adalah sederhana. Guru resos di aliran perdana menunjukkan perspektif yang lebih positif tentang keterlibatan akademik murid berbanding guru tipikal dan guru di sekolah pendidikan khas. Kajian ini mempunyai implikasi kepentingan peranan guru dalam meningkatkan keterlibatan akademik murid dengan ketidakupayaan penglihatan di bilik darjah. |
---|