Kemampuan pelajar perempuan terhadap bacaan khusus imam hafs: Satu perbandingan dengan pelajar lelaki

Bacaan khusus Imam Hafs merupakan satu kaedah bacaan khusus al-Quran yang hanya berlaku pada kalimah-kalimah tertentu dalam al-Quran. Ia dianggap kaedah bacaan yang terkeluar dari kaedah usul Imam Hafs dan memerlukan kepada talaqqi dan musyafahah dari guru yang mutqin bagi menentukan kaedah sebuta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Hafizi, Yusof, Nurul Huda, Zainal Abidin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1249/1/FH03-FKI-19-24189.jpg
http://eprints.unisza.edu.my/1249/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Bacaan khusus Imam Hafs merupakan satu kaedah bacaan khusus al-Quran yang hanya berlaku pada kalimah-kalimah tertentu dalam al-Quran. Ia dianggap kaedah bacaan yang terkeluar dari kaedah usul Imam Hafs dan memerlukan kepada talaqqi dan musyafahah dari guru yang mutqin bagi menentukan kaedah sebutannya yang betul. Tinjauan yang dibuat mendapati masyarakat awam kurang menguasai bacaan khusus Imam Hafsini kerana ia memerlukan kepada pembelajaran khusus, perlu bertalaqi dengan guru dan tidak memadai dengan mempelajarinya melalui kitab-kitab tajwid semata-mata.Kajian ini bertujuan meninjau sejauh mana penguasaan pelajar dalam menguasai bacaan khusus Imam Hafs dan apakah terdapat perbezaan gender antara pelajar lelaki dan perempuan dalam menguasai kaedah bacaan ini. Kajian gabungan antara kualitatif dan kuantitatif ini akan menggunakan kaedah diskriptif dan ujian bacaan Analisa data akan menggunakan program SPSS bagi mendapatkan peratusan penguasaan pelajar dan perbandingan antara mereka. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara dari segi gender dalam menentukan tahap penguasaan bacaan pelajar pada bacaan khusus Imam Hafs disamping faktor-faktor lain seperti usaha pelajar dalam mempelajarinya serta faktor bertalaqqi sama ada dengan guru, rakan atau bacaan contoh melalui audio atau Youtube.