Institusi pendidikan Islam dan fungsinya sebagai sumber pengetahuan ilmu faraid dalam kalangan masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu

Ilmu Faraid adalah salah satu cabang ilmu yang penting di dalam Islam. Walau bagaimanapun ilmu ini semakin terhakis kerana sumber untuk mempelajarinya semakin terhad. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sumber atau kaedah memperolehi pengetahuan ilmu faraid bagi masyarakat Islam di Pulau Duyong,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Ali, Mohd Yusuf, Basri, Ibrahim
Format: Article
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/5029/1/FH02-FKI-15-04553.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/5029/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Ilmu Faraid adalah salah satu cabang ilmu yang penting di dalam Islam. Walau bagaimanapun ilmu ini semakin terhakis kerana sumber untuk mempelajarinya semakin terhad. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sumber atau kaedah memperolehi pengetahuan ilmu faraid bagi masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan lapangan dengan pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 345 orang responden di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis secara deskriptif dengan kaedah analisis min, sisihan piawai, peratus dan skor min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian yang diperolehi merumuskan bahawa sumber pengetahuan ilmu faraid dalam kalangan masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu adalah melalui kaedah pengajian tidak formal seperti melalui pengajian di masjid dan surau, dan perbincangan dengan guru-guru agama. Kajian merumuskan bahawa masyarakat Islam di Pulau Duyong, Kuala Terengganu masih terikat dengan kaedah tradisional untuk memperolehi pengetahuan tentang ilmu faraid secara khususnya dan ilmu agama secara umumnya. Justeru usaha perlu ditingkatkan untuk menyampaikan ilmu faraid melalui kaedah yang lebih sistematik bagi mengelakkan ilmu ini diabaikan oleh masyarakat. Ini kerana ilmu faraid menjadi tunjang bagi masyarakat Islam menguruskan harta peninggalan si mati dengan lancar.