Kebaikan pekerjaan keusahawanan sebagai pengantara antara faktor-faktor peramal dan kecenderungan pelajar menceburi kerjaya keusahawanan
Kerajaan Negeri Terengganu menetapkan wawasan untuk menjadikan “Terengganu Negeri Maju Menjelang Tahun 2020.” Harapan ini dilunaskan melalui perlaksanaan program-program dan projek awam seiring Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dan Kesepuluh (2011-2015). Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/5118/1/FH02-FSSG-16-06181.pdf http://eprints.unisza.edu.my/5118/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Kerajaan Negeri Terengganu menetapkan wawasan untuk menjadikan “Terengganu Negeri Maju Menjelang Tahun 2020.” Harapan ini dilunaskan melalui
perlaksanaan program-program dan projek awam seiring Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) dan Kesepuluh (2011-2015). Perbadanan
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) merupakan sebuah agensi Kerajaan negeri mempunyai peranan dan tanggungjawab membantu serta
menyediakan landasan kepada pelajar mengaplikasikan ilmu keusahawanan melalui penglibatan secara langsung di peringkat sekolah menengah. Pelajar
sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas Niaga sedar betapa pentingnya mereka menceburi bidang keusahawanan. Lima faktor peramal seperti
kewangan, model peranan, halangan, pengenalan sosial dan kemahiran keusahawanan mempengaruhi kecenderungan mereka menceburi bidang
keusahawanan. Kebaikan pekerjaan keusahawanan sebagai pengantara hubungan antara empat faktor peramal seperti kewangan, model peranan, halangan
dan kemahiran keusahawanan dengan kecenderungan menceburi bidang keusahawanan. Kepentingan faktor peramal seperti kewangan, model peranan,
halangan dan kemahiran keusahawanan boleh digunakan pihak berwajib untuk menggalakkan dan memupuk kecenderungan menceburi kerjaya
keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas Niaga. |
---|