iGQA interaktif: infografik interaktif dalam pembelajaran tatabahasa Arab

Buku teks pembelajaran tatabahasa Arab sering dikaitkan dengan penerangan yang kompleks dan dipersembahkan dalam bentuk huraian panjang sehingga terdapat isi yang tidak berfokus. Keadaan ini menyumbang kepada kurangnya minat pelajar untuk terus mempelajari kandungan buku tersebut lalu menganggapnya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hamid, Mohd Fauzi, Sahrir, Muhammad Sabri, Yahaya, Mohd Firdaus, Amiruddin, Ahmad Zaki, Sha’ari, Shaferul Hafes, Nasir, Mohd Shahrizal
Format: Proceeding Paper
Language:Malay
Published: Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM), UKM 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/114315/1/114315_iGQA%20interaktif.pdf
http://irep.iium.edu.my/114315/
https://www.ukm.my/knovasi/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Buku teks pembelajaran tatabahasa Arab sering dikaitkan dengan penerangan yang kompleks dan dipersembahkan dalam bentuk huraian panjang sehingga terdapat isi yang tidak berfokus. Keadaan ini menyumbang kepada kurangnya minat pelajar untuk terus mempelajari kandungan buku tersebut lalu menganggapnya sukar untuk dikuasai dan difahami. Kemunculan pelbagai aplikasi teknologi pada hari ini dapat dimanfaatkan bagi mengatasi masalah tersebut. Modul Infografik Qawa’id Arabiyyah (iGQA) telah dibangunkan sebagai alternatif untuk mengatasi masalah ini. Infografik merupakan satu kaedah penyampaian maklumat yang mudah serta pantas untuk difahami. Kaedah ini bersesuaian dengan penyampaian maklumat buku teks yang kompleks bagi pembelajaran tatabahasa Arab. Pendekatan Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) digunakan bagi mereka bentuk dan membangunkan modul tersebut. Proses pembangunan modul ini melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, dan fasa penilaian kebolehgunaan. Modul iGQA ini mengandungi topik-topik tatabahasa Arab dalam bentuk maklumat infografik statik dan video beranimasi. Gabungan kedua-dua infografik ini dipersembahkan secara interaktif melalui dua medium penyampaian, iaitu laman web dan telegram bot. Penyampaian isi kandungan modul berinfografik ini dipersembahkan secara interaktif dengan wujudnya elemen interaksi dua hala seperti butang dan menu-menu yang boleh ditekan untuk memaparkan maklumat yang dikehendaki. Modul ini telah digunakan oleh pelajar dan memperoleh maklum balas positif dengan ciri-cirinya yang ringkas, mudah dan menarik. Modul ini berpotensi digunakan oleh pelajar untuk mempelajari tatabahasa Arab secara kendiri dan juga sesuai dipraktikkan dalam pembelajaran secara dalam talian dengan lebih menarik dan efisien. Para guru atau pensyarah pula berperanan sebagai pembimbing atau pemudah cara.