Sejarah Dan Kaedah Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab, Kementerian Pendidikan Malaysia: Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

Kajian deskriptif kuantitatif ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Hifz alQuran berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Kajian ini melibatkan pelajar Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL). Pengkaji membuat penilaian berdasarkan Model Pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi, Muhammad Isa, Rabi'atul Athirah
Format: Article
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/87949/1/Jurnal%20Darul%20Quran.pdf
http://irep.iium.edu.my/87949/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian deskriptif kuantitatif ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Hifz alQuran berdasarkan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Kajian ini melibatkan pelajar Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL). Pengkaji membuat penilaian berdasarkan Model Penilaian Stufflebeam. Kajian ini melibatkan 210 orang responden yang terdiri daripada pelajar Ulul Albab Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Instrumen soal selidik telah dibina dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar untuk mendapat data penilaian konteks sebelum diedarkan kepada pelajar. Data kuantitatif daripada set soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan elemen penilaian konteks berada pada tahap tinggi dan menunjukkan tahap penilaian kefahaman yang baik di kalangan pelajar Ulul Albab terhadap pelaksanaan kurikulum TMUA. Implikasi dari kajian ini, penilaian kurikulum TMUA dapat diperkembangkan lagi dari aspek kandungan input dan output supaya kurikulum ini mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, rohani dan akhlaknya.