Penilaian domain afektif dalam taksonomi pembelajaran di institusi pengajian tinggi

Era revolusi industri 4.0 mendesak mahasiswa melengkapkan diri dengan ilmu, nilai dan kemahiran untuk menjadi generasi yang relevan dengan pasaran kerja dan keperluan semasa. Namun begitu, usaha melahirkan mahasiswa holistik boleh terganggu apabila domain afektif yang merangkumi aspek emosi dan roha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammed Zabidi, Mahfuzah, Mohammed Zabidi, Ahmad Fakhrurrazi, Mohd Burhan, Norhapizah, Mohamad, Nurul Asiah Fasehah, Fatah Yasin, Raudlotul Firdaus, Tamuri, Ab Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/90943/15/90943_PENILAIAN%20DOMAIN%20AFEKTIF%20DALAM%20TAKSONOMI_Abstract.pdf
http://irep.iium.edu.my/90943/2/Best%20paper%20award.pdf
http://irep.iium.edu.my/90943/3/DOMAIN%20AFEKTIF%20DALAM%20TAKSONOMI%20PEMBELAJARAN%20DI%20INSTITUSI%20PENGAJIAN.pdf
http://irep.iium.edu.my/90943/
https://acis.uitm.edu.my/icis2021/download/icis2021_abstractbook.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
English
English
Description
Summary:Era revolusi industri 4.0 mendesak mahasiswa melengkapkan diri dengan ilmu, nilai dan kemahiran untuk menjadi generasi yang relevan dengan pasaran kerja dan keperluan semasa. Namun begitu, usaha melahirkan mahasiswa holistik boleh terganggu apabila domain afektif yang merangkumi aspek emosi dan rohani kurang diseimbangkan dengan domain kognitif dan psikomotor. Isu pembabitan mahasiswa dalam penyalahgunaan dadah dan gejala sosial serta peningkatan mahasiswa dalam masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kegelisahan dan cubaan bunuh diri memberi indikator kepada kelompangan aspek afektif atau kejiwaan ini. Kertas kerja ini menyoroti cabaran pembentukan nilai pada era Revolusi Industri 4.0 dan menganalisis kedudukan dan penekanan domain afektif di institusi pengajian tinggi dalam beberapa taksonomi sedia ada. Kertas kerja ini juga mencadangkan keperluan untuk menyepadukan elemen yang bersesuaian dari model taksonomi sedia ada dengan beberapa prinsip utama pembinaan aspek kejiwaan dan kerohanian dari perspektif Islam. Kajian ini diharapkan dapat membuka ruang kajian lebih terperinci mengenai taksonomi domain afektif khususnya dalam aspek penerapan nilai. Kesepaduan dan keseimbangan aspek kognitif dan afektif dapat menjayakan pembentukan insan holistik yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara tidak langsung, pendidikan tinggi berkualiti untuk masyarakat yang sejahtera di era revolusi 4.0 dapat direalisasikan.