Peningkatan tahap kognitif visualisasi pelajar jurusan teknikal melalui latihan-latihan visualisasi
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan latihan visualisasi dalam peningkatan tahap kognitif visual di kalangan pelajar yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK). Reka bentuk kajian digunakan adalah kuasieksperimenlental dengan kumpulan kawalan ujian pra-ujian pos manakala sampel...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://library.oum.edu.my/repository/255/1/widad.pdf http://library.oum.edu.my/repository/255/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Open University Malaysia |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan latihan visualisasi dalam peningkatan tahap kognitif visual di kalangan pelajar yang mempelajari mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK). Reka bentuk kajian digunakan adalah kuasieksperimenlental
dengan kumpulan kawalan ujian pra-ujian pos manakala sampel kajian adalah terdiri daripada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang masing-masing
mempunyai 26 orang, iaitu jumlahnya seramai 52 orang. lnstrumen kajian pula merangkumi Ujian Kebolehan Ruang -Visualisasi, soalan temubual dan senarai
semak pemerhatian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa selepas pendedahan latihan visualisasi, kumpulan rawatan mencapai peningkatan min skor tahap kognitif
visualisasi yang signifikan jika dibandingkan dengan sebelum didedahkan latihan visualisasi (nilai signifikan ujian-t = ,019). Hasil temu-bual turut menunjukkan
maklum balas yang positif dan komen konstruktif daripada pelajar rawatan. Selain itu, min skor kognitif visualisasi bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi jika
dibanding dengan kumpulan kawalan. Kesimpulannya, pendedahan latihan
visualisasi berupaya mempertingkatkan tahap kognitif visualisasi pelajar. Oleh yang
demikian, para guru digalak memasukkan latihan visualisasi dalam pengajaran dan pembelajaran LK memandangkan mata pelajaran ini amat memerlukan penggunaan
kenlahiran dan tahap kognitif visualisasi yang tinggi. (Authors' abstract) |
---|