Masalah pembelajaran urutan kata dalam ayat Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar bukan penutur asli / Hoe Foo Terng

Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah pembelajaran urutan kata dalam ayat bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar bukan penutur asli, factor faktor yang menyebabkannya dan strategi-strategi pengajaran yang boleh diperkenalkan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu di UiTM. Ser...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hoe, Foo Terng
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang & Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) 2009
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14812/1/AJ_HOE%20FOO%20TERNG%20ESTEEM%2009.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14812/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah pembelajaran urutan kata dalam ayat bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar bukan penutur asli, factor faktor yang menyebabkannya dan strategi-strategi pengajaran yang boleh diperkenalkan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu di UiTM. Seramai 90 orang pelajar bukan penutur asli yang mengikuti bahasa Mandarin di UiTM dipilih sebagai sampel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar sering melakukan kesilapan dalam tatabahasa bahasa Mandarin, antaranya salah kerana dipengaruhi oleh bahasa ibunda, salah kerana menentang susunan logikal, kronologikal atau masa, salah kerana menentang susunan dari besar ke kecil, salah kerana cuai atau keliru maksud dan sebagainya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa gangguan bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar banyak melakukan kesilapan dalam tatabahasa bahasa Mandarin, diikuti dengan kurangnya latihan tatabahasa, pensyarah tidak cukup masa dalam kelas untuk membetulkan kesalahan tatabahasa pelajar, dan pelajar tidak prihatin tentang tatabahasa. Kajian ini juga mengemukakan beberapa strategi dalam pengajaran sebutan bahasa Mandarin untuk mengatasi masalah pembelajaran tatabahasa Mandarin dalam kalangan pelajar. Kaedah Penyusunan Ayat GAT (Grouping-Arranging-Touch up) merupakan satu kaedah untuk mengurangkan pelajar melakukan kesilapan dalam tatabahasa bahasa Mandarin.