Kesalahan penggunaan “In Definite Article” dalam pembelajaran bahasa Jerman: Kajian kes terjemahan ayat oleh pelajar tahap dua di UiTM Cawangan Pulau Pinang

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti dan menganalisis kesalahan tatabahasa bahasa Jerman dari segi penggunaan “indefinite article”yang dilakukan oleh pelajar tahap dua bagi kursus “Introductory German Level II”di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang. Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Raja Berahim, Raja Rosila, Mohd Amin, Noraziah
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2019
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26953/1/AJ_RAJA%20ROSILA%20RAJA%20BERAHIM%20IJMAL%20APB%2019%20id_%2026953.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/26953/
http://www.ijmal.learningdistance.org/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti dan menganalisis kesalahan tatabahasa bahasa Jerman dari segi penggunaan “indefinite article”yang dilakukan oleh pelajar tahap dua bagi kursus “Introductory German Level II”di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang. Kajian ini merupakan sebuah kajian yang berbentuk kualitatif. Data kajian diperoleh daripada jawapan ujian penulisan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang mempelajari bahasa Jerman sebagai kursus elektif. Jumlah peserta kajian yang terlibat ialah seramai 27 orang. Setelah mengenalpasti, menganalisisdan membandingkan kesalahan terjemahan “indefinite article” daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Jerman, dapatan kajian mendapatibahawa terdapat begitu ramai pelajar yang melakukan kesalahanpenggunaan “indefinite article”dalam bahasa Jerman dengan betuliaitu seramai 25 orangdaripada keseluruhan jumlah sampel kajian iaitu seramai 27 pelajar. Secara tidak langsung, kajian ini dapat mengenal pasti tahap penguasaan “indefinite article”bahasa Jerman dalam kalangan pelajarbagi kursus yang dikaji. Kajian ini diharapkandapat membantu pengajar dan pelajar bahasa Jerman memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran bahasaJermanagar menjadi lebih baik, mudah difahami dan lebih efisyen.