Kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur metakognitif bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi : kajian kes UiTM dan INTI / Ch’ng Pei Eng, Ch’ng Pei Cheng and Suzana Ab. Rahim
Metakognitif merupakan keupayaan untuk memantau, membuat aturan dan kawalan kognitif pengetahuan seseorang. Dalam psikologi pembelajaran kognitif, konstruk metakognitif menjadi kunci untuk memahami perbezaan pembelajaran dan pengalaman pembelajaran yang bermasalah bagi kebanyakan individu. Oleh itu,...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35506/1/35506.PDF http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35506/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Metakognitif merupakan keupayaan untuk memantau, membuat aturan dan kawalan kognitif pengetahuan seseorang. Dalam psikologi pembelajaran kognitif, konstruk metakognitif menjadi kunci untuk memahami perbezaan pembelajaran dan pengalaman pembelajaran yang bermasalah bagi kebanyakan individu. Oleh itu, alat ukur metakognitif yang direkabentuk perlu dinilai secara objektif dari segi konstruknya sebelum ia digunakan. Kajian ini akan menguji kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur Metacognitive Awareness Inventory (MAI) dengan Model Rasch dalam Teori Respons Item. 300 pelajar daripada dua buah institusi pengajian tinggi di Pulau Pinang telah dipilih untuk memberi respons kepada item- item yang asal dalam MAI dan kesahan MAI dari segi kesahan konstruk, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan dinilai. Secara keseluruhannya kajian ini dapat mengesahkan bahawa alat ukur MAI adalah sah dan konsisten dari segi konstruk dan kandungannya. Item-itemnya menepati (fit) model dan kajian ini turut membentuk satu skala baru iaitu Inventori Metakognitif Malaysia ataupun Malaysian Metacognitive Inventory (MMI) yang lebih sesuai untuk mengukur tahap metakognitif pelajar. Hasil kajian mencatatkan indeks kebolehpercayaan item dan indeks kebolehpercayaan individu MMI masing-nmasing melebihi 0.96 dan 0.93. Alat ukur MMI ini telah dikenalpasti ciri unidimensinya dan ia merupakan alat yang sah dan konsisten sesuai untuk mengukur metakognitif bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi di Malaysia. |
---|