Persekitaran pembelajaran matematik dan hubungannya dengan sikap serta pencapaian pelajar terhadap matematik: satu kajian kes di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di daerah Seberang Perai Selatan / Salina Hamed, Peridah Bahari and Abdul Ghani Kanesan Abdullah.

Pelbagai pendekatan kaedah pengajaran matematik telah didedahkan kepada guru agar dapat diaplikasikan dalam pengajaran supaya sentiasa menarik, kreatif, bermakna kepada pelajar dan juga mengambil kira faktor pelajar dan persekitarannya. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti perse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamed, Salina, Bahari, Peridah, Abdullah, Abdul Ghani Kanesan
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42341/1/42341.PDF
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42341/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Pelbagai pendekatan kaedah pengajaran matematik telah didedahkan kepada guru agar dapat diaplikasikan dalam pengajaran supaya sentiasa menarik, kreatif, bermakna kepada pelajar dan juga mengambil kira faktor pelajar dan persekitarannya. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti persekitaran pembelajaran matematik dan hubungannya dengan sikap dan pencapaian pelajar terhadap matematik di sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan. Kajian ini memberi penumpuan terhadap aspek persekitaran pembelajaran matematik dan faktor pelajar. Data dikumpul menggunakan soal selidik persekitaran pembelajaran dan sikap pelajar terhadap matematik yang melibatkan 1301 orang pelajar Tingkatan Empat di sekolah-sekolah menengah Daerah Seberang Perai Selatan. Data dianalisis menggunakan teknik analisis statistik deskriptif, ujian t, korelasi Pearson, varian sehala(ANOVA-sehala), dan regresi berganda. Data sokongan juga diperolehi daripada temubual pelajar dan pemerhatian di dalam bilik darjah. Melalui analisis teknik regresi berganda menunjukkan terdapat tiga peramal persekitaran pembelajaran matematik yang signifikan kepada sikap pelajar matematik iaitu penglibatan pelajar, organisasi kelas dan orientasi tugasan. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan korelasi yang signifikan di antara sikap pelajar terhadap matematik dengan pencapaian pelajar dalam matematik