Dilema pendidikan kanak-kanak Rohingya di Malaysia: satu tinjauan awal / Aida Zahirah Samsudin dan Napisah Karimah Ismail
Malaysia merupakan negara pilihan bagi kebanyakan pelarian dan pencari suaka Rohingya di rantau ini untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa. Namun begitu, naratif kehidupan pelarian Rohingya yang berada di seluruh Malaysia tidak jauh bezanya kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran hidup se...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54222/1/54222.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54222/ https://www.ishec2021.com/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Malaysia merupakan negara pilihan bagi kebanyakan pelarian dan pencari suaka Rohingya di rantau ini untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa. Namun begitu, naratif kehidupan pelarian Rohingya yang berada di seluruh Malaysia tidak jauh bezanya kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran hidup sebagai pelarian. Ini termasuklah kesukaran dalam mendapatkan akses pendidikan dan mata pencarian kerana sebahagian besar mereka tidak berpendidikan. Kedatangan golongan pelarian ini turut memberi impak negatif dengan peningkatan kadar jenayah di Malaysia. Ini kerana anak-anak pelarian yang tidak berpeluang mendapat pendidikan formal mudah dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk terlibat dalam jenayah di samping terlibat dalam masalah sosial yang lain sehingga mendatangkan kebimbangan kepada pelbagai pihak. Oleh yang demikian, pendidikan kanak-kanak pelarian Rohingya dilihat sangat penting demi masa depan mereka yang lebih baik sama ada Ketika dihantar pulang ke negara asal atau ditempatkan di negara ketiga. Kajian ini bertujuan meninjau realiti kehidupan pelarian Rohingya di Malaysia, khususnya dalam aspek pendidikan serta cabaran yang dihadapi oleh Pusat Bimbingan Alternatif (PBA) iaitu pihak yang menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak Rohingya di Malaysia. Kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian perpustakaan berdasarkan kajian lepas dari sumber primer dan sekunder. Kajian literatur ini mendapati bahawa situasi semasa pendidikan kanakkanak Rohingya di Malaysia perlu dikaji semula dan cabaran yang dihadapi oleh PBA juga perlu diperhalusi khususnya dalam aspek infrastruktur, silibus, tenaga guru sukarelawan serta dana kewangan. Hal ini penting bagi mendedahkan realiti sebenar bagi membolehkan pihakpihak yang terlibat khususnya badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan dari komuniti Rohingya bagi membantu usaha memperkasakan pendidikan masyarakat Rohingya di Malaysia serta menjadi panduan dalam memperbaiki kualiti sistem yang sedia ada. |
---|