Kognitif terhadap kata baharu fantasi novel Cina di kalangan pelajar Melayu diploma / Bok Check Meng and Goh Ying Soon
Pengajaran kosa baharu kepada pelajar bukan asli Bahasa Cina sebagai bahasa asing adalah mustahak untuk meningkatkan penguasaan mereka kepada Bahasa Cina. Dengan ini aspek kognitif mereka terhadap kata baharu fantasi novel Cina perlu diberi perhatian dengan menggunakan novel fantasi sebagai bahan pe...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58282/1/58282.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58282/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Pengajaran kosa baharu kepada pelajar bukan asli Bahasa Cina sebagai bahasa asing adalah mustahak untuk meningkatkan penguasaan mereka kepada Bahasa Cina. Dengan ini aspek kognitif mereka terhadap kata baharu fantasi novel Cina perlu diberi perhatian dengan menggunakan novel fantasi sebagai bahan penambahan kosa baharu mereka. Cara pengajaran secara sistematik perlu dilakukan disusuli dengan kaedah pengajaran yang dapat memastikan proses pembelajaran kata baharu dalam novel fantasi Cina telah berlaku. Untuk membenarkan pelajar-pelajar mengakses bahan pembelajaran pada masa yang mereka ingini, bahan pembelajaran tesebut telah dimuat naik ke dalam sistem i-Ieam (http://i-learn.uitm.edu.myl). Dengan ini kajian ini telah dijalankan untuk mengukur sejauh mana kesedaran pelajar Melayu tahap diploma terhadap pembelajaran kata baharu dalam novel fantasi Cina telah berlaku. Setelah belajar secara beberapa minggu bahan pembelajaran yang telah disediakan secara sistematik ini, pelajar-pelajar diploma ini telah diminta mengisi borang soal selidik di atas talian. Hasil dapatan kajian adalah positif. Ia telah menunjukkan bahawa bahan pembelajaran novel fantasi Cina boleh digunakan sebagai bahan tambahan perolehan kata baharu. Pelajar-pelajar diploma ini adalah bersedia dan dapat menerima novel fantasi Cina sebagai bahan sokongan pembelajaran kata baharu. Beberapa cadangan juga dikemukakan sebagai langkah penambahbaikan penggunaan novel fantasi Cina sebagai bahan pembelajaran kata baharu. |
---|