Tutorial dalam talian: dari perspektif pelajar / Nor Hapiza Mohd Ariffin, Norlaila Juddin and Zaharah Hamzah

Kewujudan Internet membawa suatu inovasi kepada gaya pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Internet menyebabkan maklumat boleh dicapai oleh pelajar tanpa mengira di mana mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja. Seperti pembaharuan pembaharuan yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Ariffin, Nor Hapiza, Juddin, Norlaila, Hamzah, Zaharah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73323/1/73323.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73323/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kewujudan Internet membawa suatu inovasi kepada gaya pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Internet menyebabkan maklumat boleh dicapai oleh pelajar tanpa mengira di mana mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja. Seperti pembaharuan pembaharuan yang baru diperkenalkan, pelbagai reaksi mengenai kaedah tersebut diterima. Kajian ini dilakukan untuk menilai sikap dan pandangan pelajar terhadap penggunaan tutorial dalam talian bagi matapelajaran matematik. Persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran ini perlu diketahui agar pihak pihak yang berkaitan seperti ahli akademik dan institusi pendidikan dapat mengambil langkah-Iangkah yang sewajarnya untuk merangka suatu pendekatan pengajaran yang bersesuaian. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan, UiTM Shah Alam yang mengambil kursus matematik MAT191/192 (Pembezaan dan Pengamiran). Soalselidik digunakan sebagai alat pengumpulan data dan data dianalisis menggunakan perisian statistik. Implikasi kajian ini kepada pihak pentadbiran, tenaga pengajar dan pelajar turut dibincangkan. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang turut dikemukakan.