Persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa arab komunikasi: satu kajian di kalangan pelajar-pelajar SMK Agama Sabah / Saini Ag. Damit

Kertas Kerja ini disediakan untuk menilai dan meneliti persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Aarab Komunikasi yang diajarkan di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Kelas Aliran Agama seluruh Malaysia dan merupakan mata pelajaran wajib diambil dalam peperiksaan PMR. Responden bagi k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ag. Damit, Saini
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74023/1/74023.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kertas Kerja ini disediakan untuk menilai dan meneliti persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Aarab Komunikasi yang diajarkan di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Kelas Aliran Agama seluruh Malaysia dan merupakan mata pelajaran wajib diambil dalam peperiksaan PMR. Responden bagi kajian ini ialah pelajar-pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sabah yang terdiri daripada tujuh buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan Papar, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam Kota Kinabalu. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau, Sekolah Menengah Kebanngsaan Agama Tun Said Kota Belud, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran Semporna dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 set soalan. Temu bual juga diadakan dengan guru-guru bahasa Arab, di samping itu, penilaian pencapaian murid-murid juga diteliti untuk mendapatkan maklumat tambahan. Semua data yang diperolehi, dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian. Berdasarkan maklumat yang diperolehi adalah diharapkan agar pihak-pihak yang berkenaan prihatin terhadap pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi.