Perbandingan kaedah PDP bagi subjek statistik / Siti Balqis Mahlan ... [et al.]

Pengajaran dan pembelajaran (pdp) bagi subjek statistik bagi pelajar kejuruteraan pada semester terkini (Okt 2022 - Feb 2023) dijalankan secara kaedah bercampur ataupun lebih dikenali sebagai ‘blended learning (BL)’ iaitu kombinasi di antara pembelajaran dalam talian dan juga bersemuka. Pelajar yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahlan, Siti Balqis, Shamsuddin, Maisurah, Hamat, Muniroh, Alias, Fadzilawani Astifar
Format: Article
Language:English
Published: Unit Penerbitan JSKM 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83798/1/83798.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/83798/
https://appspenang.uitm.edu.my/sigcs/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Pengajaran dan pembelajaran (pdp) bagi subjek statistik bagi pelajar kejuruteraan pada semester terkini (Okt 2022 - Feb 2023) dijalankan secara kaedah bercampur ataupun lebih dikenali sebagai ‘blended learning (BL)’ iaitu kombinasi di antara pembelajaran dalam talian dan juga bersemuka. Pelajar yang mengambil subjek statistik bagi peringkat ijazah menjalankan kelas secara bersemuka selama dua jam sahaja (syarahan 1 jam, tutorial 1 jam) dan 2 jam yang seterusnya (syarahan 2 jam) adalah secara dalam talian. Pelajar perlu membiasakan diri dengan kaedah BL memandangkan kaedah pembelajaran pada lima semester berturut-turut sebelum ini adalah secara dalam talian sepenuhnya. Pada semester terkini, kesemua penilaian iaitu ujian, tugasan dan peperiksaan akhir akan dijalankan secara fizikal, berbeza dengan penilaian bagi lima semester berturut-turut sebelum ini berasaskan ‘open-book’yang dijalankan secara dalam talian. Soal selidikperingkat awal dilakukan kepada 54 orang pelajar bagi mengetahui maklumbalas terhadap pandangan pelajar dalam kaedah pembelajaran subjek statistik. Data markah sebanyak 104 orang pelajar juga diambil bagi dua semester terkini dan seterusnya ujian-t bagi sampel tak bersandar digunakan untuk menganalisa data. Berdasarkan tinjauan awal dari soal selidik, didapati majoriti pelajar memilih pembelajaran secara BL iaitu gabungan di antara pembelajaran dalam talian dan bersemuka. Namun begitu, jika dibandingkan markah penilaian bagi dua semester terkini didapati pencapaian pembelajaran dalam talian sepenuhnya adalah lebih baik dari pencapaian semasa ‘blended learning (BL)