Penerimaan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan dan kesesuaian aspek-aspek latihan dalam perkhidmatan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penerimaan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan yang diberi dan menilai kesesuaian aspek-aspek latihan dalam perkhidmatan iaitu kandungan, penyampai, hari dan tempoh latihan serta tempat latihan diadakan. Kajian ini dijalankan di enam buah sekol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nur Aisya Sugumarie bt Abdullah, S.N.A.S.A., Razak, Ahmad Zabidi Abdul
Format: Article
Language:English
Published: University of Malaya 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/16791/1/Artikel.penerimaan_guru.Aisya.doc
http://eprints.um.edu.my/16791/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Language: English
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penerimaan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan yang diberi dan menilai kesesuaian aspek-aspek latihan dalam perkhidmatan iaitu kandungan, penyampai, hari dan tempoh latihan serta tempat latihan diadakan. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah menengah di daerah Petaling Utama. Seramai 174 guru telah menjadi responden kajian. Data yang dikumpul telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Kaedah statistik yang telah digunakan ialah statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus. Kajian membuktikan bahawa guru-guru memandang latihan dalam perkhidmatan sebagai alat pembangunan staf; alat pembangunan profesionalisme secara berterusan dan untuk mendidik guru-guru mengenai kompetensi yang baru. Maka pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan peluang yang lebih baik untuk menjadikan latihan dalam perkhidmatan bersesuaian dengan keperluan guru. Pihak Kementerian pula boleh menambahkan pemantauan terhadap sekolah-sekolah agar perancangan latihan dalam perkhidmatan mencapai standard kualiti yang digariskan olehnya. Diharapkan kajian ini menjadi panduan dalam menjadikan latihan dalam perkhidmatan bersesuaian bagi meningkatkan profesionalisme guru. Kata kunci: kesesuaian, latihan dalam perkhidmatan, profesionalisme keguruan