Penerapan nilai-nilai keusahawanan dalam pembelajaran berasaskan studio di Universiti Malaysia Kelantan

Pembelajaran berasaskan studio merupakan pendekatan pembelajaran yang menekankan kepada pencapaian hasil kerja pelajar. Pembelajaran ini adalah berorientasikan kepada pelajar. Pelajar akan diberi peluang untuk merancang dan seterusnya membangunkan projek yang dirancang. Perlaksanaan projek akan dipa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Azhar Mat Daud, Ahmad Rasdan Ismail, Ahamad Tarmizi Azizan, Mohamad Syukran Kamal Ruzzaman
Format: Non-Indexed Article
Published: Universiti Malaysia Kelantan 2014
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8310/
http://teniat.umk.edu.my/images/TENIATVol2Issue12014/TENIAT,%20Vol%202,%20Issue%201,%20pp%2014-27.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Description
Summary:Pembelajaran berasaskan studio merupakan pendekatan pembelajaran yang menekankan kepada pencapaian hasil kerja pelajar. Pembelajaran ini adalah berorientasikan kepada pelajar. Pelajar akan diberi peluang untuk merancang dan seterusnya membangunkan projek yang dirancang. Perlaksanaan projek akan dipantau oleh pensyarah yang bertindak sebagai fasilitator. Bagi memperkasakan lagi konsep pembelajaran berasaskan studio ini, maka unsur-unsur kemahiran insaniah perlu dipertingkatkan. Melalui kaedah pembelajaran di abad ke 21 ini, ciri-ciri keusahawanan seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang, kemahiran bekerja dalam kumpulan serta sifat-sifat keusahawanan seperti cekal, rajin, kuat bekerja, amanah, kuat berusaha dan sebagainya perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar. Melalui gabungan antara ciri-ciri kemahiran insaniah dan ciri-ciri keusahawanan ini, maka satu kaedah pembelajaran berasaskan studio dan berorientasikan pelajar telah dilaksanakan. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, adalah didapati bahawa kaedah pembelajaran berasaskan usahawan ini telah berupaya meningkatkan tahap kemahiran insaniah pelajar serta memotivasikan pelajar.