Promosi panduan diet Malaysia 2010 : tahap pemahaman komuniti bandar dan luar bandar

Panduan Diet Malaysia edisi kedua telah diterbitkan pada tahun 2010 dengan 14 mesej utama. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap pemahaman 5 mesej utama Panduan Diet Malaysia 2010 dikalangan dewasa komuniti bandar dan luar bandar Kuala Terengganu. Seramai 356 orang subjek terdiri d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hafizah Yasin, Nurul Aziah Ahmad, NurHaiza Nordin, Mohd Safwan Ghazali, Nur Hazwani Abdullah
Format: Book Section
Language:English
Published: Faculty of Entrepreneurship and Business,UMK 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8575/1/Conference%20Paper%2030%20%20ISEB%202015.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8575/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Language: English
Description
Summary:Panduan Diet Malaysia edisi kedua telah diterbitkan pada tahun 2010 dengan 14 mesej utama. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap pemahaman 5 mesej utama Panduan Diet Malaysia 2010 dikalangan dewasa komuniti bandar dan luar bandar Kuala Terengganu. Seramai 356 orang subjek terdiri daripada 192 orang wanita dan 154 orang lelaki telah menyertai kajian ini. Borang soalselidik digunakan untuk mendapat data demografik dan untuk menentukan tahap pemahaman mesej utama Panduan Diet Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan seramai 80.3% subjek tidak tahu akan kewujudan Panduan Diet Malaysia 1999 manakala 77.5% tidak tahu akan kewujudan Panduan Diet Malaysia 2010. Majoriti subjek di kawasan bandar mempunyai tahap pemahaman sederhana dengan min skor 56.0 ± 19.3 berbanding min skor tahap pemahaman di kawasan luar bandar iaitu kurang memuaskan 45.7 ± 15.9 . Sebanyak 53% hingga 97% subjek tidak faham akan kata kunci seperti saiz sajian, tabiat sedentari, minyak campuran dan lemak tepu. Kesimpulannya, Kumpulan Kerja Teknikal Garis Panduan Makanan perlu menggubal beberapa kata kunci dan ayat dalam mesej utama Panduan Diet Malaysia 2010 atau diringkaskan supaya lebih mudah difahami oleh orang awam di kawasan bandar mahupun luar bandar.