Hubungan antara bidang tugas dan hubungan sosial dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam

Penjenamaan semula tingkatan enam merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk memperkasa pendidikan tingkatan enam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara bidang tugas harian guru tingkatan enam dan hubun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wee, Fwen Yep, Abdul Said Ambotang
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Secholian Publication 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32743/1/Hubungan%20antara%20bidang%20tugas%20dan%20hubungan%20sosial%20dengan%20penjenamaan%20semula%20pengurusan%20tingkatan%20enam.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32743/2/Hubungan%20antara%20bidang%20tugas%20dan%20hubungan%20sosial%20dengan%20penjenamaan%20semula%20pengurusan%20tingkatan%20enam%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32743/
https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/800/567
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i5.800
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: Malay
Malay
Description
Summary:Penjenamaan semula tingkatan enam merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk memperkasa pendidikan tingkatan enam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara bidang tugas harian guru tingkatan enam dan hubungan sosial antara guru-guru dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam di Bahagian Sandakan, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru tingkatan enam dipilih daripada populasi seramai 169 orang guru tingkatan enam daripada 12 buah sekolah yang mempunyai tingkatan enam di Bahagian Sandakan. Sekolah tersebut terletak di daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Telupid. Sampel dipilih dengan menggunakan prosedur pensampelan rawak mudah. Sementara itu, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan data. Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Korelasi Pearson digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan antara dua pemboleh ubah yang dikaji. Didapati ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat korelasi sederhana, positif dan signifikan iaitu r=.492 dan p=.000 antara bidang tugas harian guru tingkatan enam dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam. Manakala ujian Korelasi Pearson antara hubungan sosial antara guru di sekolah dengan penjenamaan semula pengurusan tingkatan enam menunjukkan korelasi sangat lemah, negatif dan tidak signifikan iaitu r=-.060 dan p=.517. Hal ini menunjukkan guru tingkatan enam di Bahagian Sandakan dapat melaksanakan perubahan bidang tugas harian guru tingkatan enam. Selain itu, mereka berusaha memelihara hubungan baik dengan pentadbir sekolah aliran perdana dan rakan-rakan guru aliran perdana di sekolah. Hal ini, dapat merealisasikan kejayaan transformasi tingkatan enam melalui penjenamaan semula tingkatan enam.