Penguasaan murid tentang penggunaan imbuhan MeN-, di- dan BeR- dalam penulisan karangan respons terbuka

Kata berimbuhan mudah ditemui dalam mana-mana bentuk penulisan kerana morfem imbuhan yang diimbuhkan pada kata dasar akan membentuk kata kerja aktif transitif, tak transitif dan penanda pasif bagi ayat yang dibina. Walaupun sering digunakan dalam penulisan, pengimbuhan yang tidak tepat boleh menggan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anne Jeffrey Kihob, Saidatul Nornis Mahali
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33715/1/Penguasaan%20murid%20tentang%20penggunaan%20imbuhan%20MeN-%2C%20di-%20dan%20BeR-%20dalam%20penulisan%20karangan%20respons%20terbuka.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33715/2/PENGUASAAN%20MURID%20TENTANG%20PENGGUNAAN%20IMBUHAN%20MeN-%2C%20di-%20DAN%20BeR-%20DALAM%20PENULISAN%20KARANGAN%20RESPONS%20TERBUKA.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33715/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/3613
https://doi.org/10.51200/manu.vi.3613
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Kata berimbuhan mudah ditemui dalam mana-mana bentuk penulisan kerana morfem imbuhan yang diimbuhkan pada kata dasar akan membentuk kata kerja aktif transitif, tak transitif dan penanda pasif bagi ayat yang dibina. Walaupun sering digunakan dalam penulisan, pengimbuhan yang tidak tepat boleh mengganggu kegramatisan bahasa Melayu standard. Berdasarkan analisis kandungan terhadap 31 teks karangan respons terbuka murid-murid tingkatan empat daripada sebuah sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah, didapati 27 sampel karangan melakukan kesalahan penggunaan imbuhan awalan kata kerja meN- , di-, dan beR- . Kelemahan penguasaan varian imbuhan awalan menyebabkan kesalahan morfologi, ejaan dan ketidakgramatisan ayat yang dibina oleh murid. Pada masa yang sama, kesan daripada kelemahan penguasaan imbuhan murid, mereka telah mencipta istilah baharu yang jelas telah melanggar peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, kesalahan yang didapati tidak wajar dipandang remeh kerana hal tersebut akan menyebabkan keterbiasaan murid untuk sewenang-wenangnya menggabungkan imbuhan dengan kata dasar bahasa Melayu yang lain tanpa merujuk sistem pengimbuhan yang betul. Malahan, dikhuatiri murid akan melakukan hal yang serupa dalam bentuk imbuhan yang lain. Akhirnya, murid sendiri tidak mengetahui fungsi sebenar proses pengimbuhan. Aspek pengimbuhan merupakan nahu bahasa Melayu yang wajib dikuasai oleh murid kerana agak sukar untuk membina ayat yang tidak melalui proses penerbitan. Bagi menangani masalah penguasaan imbuhan dalam kalangan murid, latih tubi yang berterusan dan pengajaran rumus pengimbuhan perlu didedahkan kepada murid.