Pembelajaran berasaskan projek secara talian dan keupayaan murid untuk berkomunikasi secara berkesan: Kajian integratif
Kejayaan kemahiran komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek secara atas talian boleh dicapai apabila murid berupaya untuk menyatakan pendapat, berbincang dengan orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berinteraksi, berdialog dan berhujah berdasarkan bukti. Sebagai mengiktiraf kepent...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Asian Scholars Network
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40999/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40999/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40999/ https://doi.org/10.55057/jdpd.2024.6.1.19 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sabah |
Language: | English English |
Summary: | Kejayaan kemahiran komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek secara atas talian boleh dicapai apabila murid berupaya untuk menyatakan pendapat, berbincang dengan orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berinteraksi, berdialog dan berhujah berdasarkan bukti. Sebagai mengiktiraf kepentingan strategi pembelajaran berasaskan projek secara atas talian dalam mempengaruhi kemahiran berkomunikasi murid, oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mensintesis literatur berkaitan yang sedia ada bagi mewujudkan asas teori pembelajaran berasaskan projek yang mengetengahkan penerapan elemen 4K iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan kritikal, yang memfokuskan pengaruhnya terhadap kemahiran komunikasi murid. Reka bentuk kajian dijalankan secara kualitatif yang menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Data temu bual , pemerhatian dan dokumen di analisis dengan menggunakan kaedah bola salji. Penyelidik memilih kes pertama yang memenuhi kesemua kriteria yang ditentukan untuk mendapatkan data yang padat. Analisis dijalankan terhadap tujuh orang responden. Secara konklusinya, pembelajaran berasaskan projek memenuhi ciri utama intervensi berkesan bagi pembelajaran abad ke-21 kerana pembelajaran berasaskan projek (PBP) merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang juga merupakan satu kaedah instruksional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik 'hands on'. Melalui pelaksanaan projek, murid dapat membina pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri. Selain itu, melalui proses penyelesaian masalah, murid mampu berbincang untuk mendapatkan kesepakatan dalam kumpulan, berdialog secara aktif, berkongsi maklumat, berani menyatakan pendapat dan berhujah berdasarkan bukti. Pengintegrasian strategi pembelajaran berasaskan projek menjadikan kaedah intruksi ini boleh disesuaikan dengan murid yang berbeza-beza latar belakang, umur dan tahap pendidikan. |
---|