Pengaruh tpack, kreativiti dan penerimaan teknologi guru matematik Sekolah Menengah terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21

Pembelajaran Abad ke-21 merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dengan menerapkan elemen kemahiran pemikiran kritikal, kolaborasi, komunikasi dan kreativiti dan inovasi. Penranan guru dalam melaksanakan PAK21 menjadi satu tuntutan masa kini dalam membina generasi yang bersedia be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Atika A Jalil
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41405/1/24%20PAGES..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41405/2/FULLTEXT..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41405/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sabah
Language: English
English
Description
Summary:Pembelajaran Abad ke-21 merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dengan menerapkan elemen kemahiran pemikiran kritikal, kolaborasi, komunikasi dan kreativiti dan inovasi. Penranan guru dalam melaksanakan PAK21 menjadi satu tuntutan masa kini dalam membina generasi yang bersedia berhadapan cabaran global pada masa hadapan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan, Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti, dan Penerimaan Teknologi terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 guru matematik sekolah menengah di Sabah. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik persampelan rawak berstrata. Berpandukan Krejcie dan Morgan (1970), sampel ditetapkan sebanyak 248 orang. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan IBM SPSS versi 26.0 dan IBM AMOS versi 2.0. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diamalkan pada tahap tinggi. Ujian-t menunjukkan dapatan yang tidak signifikan bagi variabel pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan jantina. Bagi analisis varians sehala, variabel pengetahuan teknologi pedagogi kandungan, tingkah laku pemupukan kreativiti dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 menunjukkan dapatan yang tidak signifikan berdasarkan pengalaman mengajar. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan signifikan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (r=0.162, p<0.01), Tingkah laku Pemupukan Kreativiti (r=0.191, p<0.01), dan Penerimaan Teknologi (r=0.300, p<0.01) dengan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. Analisis Laluan (SEM) menunjukkan kombinasi sumbangan variabel Pengetahuan Teknologi Pedagogi kandungan dan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti adalah sebanyak 37.1% (R2= 0.371) terhadap Penerimaan teknologi. Sementara, kombinasi variabel Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan, Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti, dan Penerimaan Teknologi pula menyumbang 11.3% (R2=0.113) perubahan terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. Kesan pengantaraan penuh variabel Penerimaan Teknologi diperoleh dalam hubungan antara Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan dan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. Penerimaan teknologi juga merupakan mediator penuh dalam hubungan antara tingkah laku pemupukan kreativiti dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Kajian menyumbangkan satu Model Pelaksanaan Pembelajaran abd ke-21 baharu yang menambah baik model-model terdahulu. Sebagai rumusannya, kejayaan perubahan dalam sistem pendidikan negara bergantung kepada banyak faktor. Menerusi kajian ini, terbukti faktor guru memainkan peranan penting terutamanya sebagai nakhoda di dalam bilik darjah bagi menentukan hala tuju murid berbudaya ilmu yang dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21.