Peranan Penyederhana Jarak Kuasa Terhadap Hubungan Kepercayaan Organisasi Dan Perilaku Mendiamkan Diri Dan Bersuara Pekerja (Relationship between Organizational Trust, Employee Voice and Silence Behaviour: The Moderator Effect of Power Distance)

Kajian lepas mendapati faktor organisasi dan budaya yang diamalkan mempunyai pengaruh terhadap perilaku mendiamkan diri dan bersuara dalam kalangan pekerja. Walau bagaimanapun, kajian berkaitan dengan perilaku dan berdiam diri ini lebih banyak dijalankan di Barat, yang mempunyai dimensi budaya yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazia, Abdul Hodi, Zaiton, Hassan
Format: Article
Language:English
Published: UKM Press 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/36288/1/kepercayaan1.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/36288/
https://ejournal.ukm.my/pengurusan
https://doi.org/10.17576/pengurusan-2021-62-11
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kajian lepas mendapati faktor organisasi dan budaya yang diamalkan mempunyai pengaruh terhadap perilaku mendiamkan diri dan bersuara dalam kalangan pekerja. Walau bagaimanapun, kajian berkaitan dengan perilaku dan berdiam diri ini lebih banyak dijalankan di Barat, yang mempunyai dimensi budaya yang berbeza. Justeru, dapatan kajian di Barat mungkin tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam konteks Asia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepercayaan organisasi (percaya terhadap organisasi, percaya terhadap ketua, percaya terhadap penyelia) dengan perilaku mendiamkan diri dan bersuara dalam kalangan pekerja. Turut dikaji ialah dimensi budaya, jarak kuasa sebagai penyederhana untuk hubungan kepercayaan organisasi dan perilaku mendiamkan diri dan bersuara oleh pekerja. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan sebanyak 111 orang responden daripada industri pembuatan yang dianalisa menggunakan IBM SPSS versi 22.0 dan SmartPls 3.0. Hasil kajian mendapati jarak kuasa hanya mengukuhkan hubungan antara kepercayaan organisasi dengan perilaku bersuara serta hubungan percaya terhadap ketua dan penyelia berbanding perilaku mendiamkan diri dalam kalangan pekerja. Oleh itu, penekanan dalam isu kepercayaan organisasi perlulah diberikan perhatian kerana mampu mempengaruhi tingkah laku individu di tempat kerja.