PENGGUNAAN BAHASA ROJAK DALAM IKLAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan melalui aplikasi Facebook di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada tiga objektif iaitu mengenal pasti penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan di Malaysia, mengkategorikan jenis-jenis bahasa r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dayang Asfikha binti Awang Ismail, -
Format: Final Year Project Report
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/39552/4/FYP_Dayang%20Asfikha%20-%20fulltext.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/39552/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan melalui aplikasi Facebook di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada tiga objektif iaitu mengenal pasti penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan di Malaysia, mengkategorikan jenis-jenis bahasa rojak dalam iklan perniagaan di Malaysia berdasarkan Kerangka Analisis Jenis Bahasa Rojak oleh Laengkang (2013) dan menghuraikan kesan penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Sebanyak 100 teks iklan perniagaan telah dipilih menggunakan persampelan secara rawak di aplikasi Facebook. Seramai 100 orang pengguna aplikasi Facebook telah dipilih sebagai responden. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan Kerangka Analisis Jenis Bahasa Rojak oleh Laengkang (2013) dan penyaringan sistem perisian statistik iaitu Statistic Package for the Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati terdapat dua jenis bahasa rojak iaitu bahasa rojak separa dan bahasa rojak penuh. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa kesan penggunaan bahasa rojak dalam iklan perniagaan dapat dilihat melalui dua perspektif iaitu bidang pengiklanan dan bukan bidang pengiklanan.