Blueprint keterjaminan makanan
Keterjaminan makanan didefinisikan oleh FAO sebagai situasi di mana setiap individu memiliki akses yang berterusan kepada makanan yang selamat, berkhasiat dan memenuhi keperluan serta citarasa pemakanan mereka untuk hidup aktif dan sihat. Di Malaysia, ternyata ekosistem makanan rapuh apabila negara...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Book |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Putra Malaysia
2024
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/111796/1/20240611093803BLUEPRINT_KETERJAMINAN_MAKANAN_UPM_small.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/111796/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Keterjaminan makanan didefinisikan oleh FAO sebagai situasi di mana setiap individu memiliki akses yang berterusan kepada makanan yang selamat, berkhasiat dan memenuhi keperluan serta citarasa pemakanan mereka untuk hidup aktif dan sihat. Di Malaysia, ternyata ekosistem makanan rapuh apabila negara dilanda dengan masalah perubahan iklim, ketidakstabilan pasaran dunia, dan ketidakimbangan antara penawaran dengan permintaan. Dalam usaha menangani masalah ini, Malaysia telah melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025. Keduadua dokumen ini menggariskan strategi-strategi berkesan bagi menggembleng sumber asli, modal insan, penyelidikan dan pembangunan, dan teknologi ke arah pembangunan industri agromakanan, sejajar dengan matlamat “Kelaparan Sifar” yang digariskan dalam Matlamat
Pembangunan Mampan UNESCO. Dengan berbekalkan sejarah serta reputasinya yang cemerlang khususnya dalam bidang pertanian, UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia beriltizam untuk memastikan
agenda keterjaminan makanan negara dapat dicapai dengan jayanya. Untuk itu, UPM melancarkan Blueprint Keterjaminan Makanan UPM 2024 sebagai bahan rujukan dan panduan utama yang mendasari usaha warga UPM dalam merealisasikan agenda keterjaminan makanan negara.
Blueprint ini menggariskan tiga (3) lonjakan utama, iaitu:
i. Lonjakan Teras: mencakupi Kecemerlangan Akademik, Dampak Penyelidikan dan Inovasi, Keterlibatan Komuniti dan Industri,
ii. Lonjakan Pemboleh Daya: meliputi Kecekapan Governans, Kelestarian Kewangan, Ketersediaan
Bakat, Kecanggihan Infrastruktur, Kolaborasi dan Rangkaian Global dan Komunikasi Strategik,
iii. Lonjakan Keberhasilan: merangkumi Keunggulan Graduan dan Usahawan Tani, Kebolehgunaan
Teknologi dan Inovasi, dan Pengupayaan Komuniti Tani.
Bagi memacu ketiga-tiga lonjakan ini, blueprint ini mensasarkan impak keberhasilan dalam empat (4)
aspek, iaitu:
i. Peningkatan pengeluaran;
ii. Peningkatan kualiti pemakanan;
iii. Peningkatan kualiti alam sekitar; dan
iv. Peningkatan kualiti kehidupan.
Pada tahap Universiti sasaran impak keberhasilan merangkumi:
i. Keunggulan Graduan dan Usahawan Tani;
ii. Kebolehgunaan Teknologi dan Inovasi; dan
iii. Pengupayaan Komuniti Tani.
Penggemblengan lonjakan dan impak keberhasilan ini bukan sahaja menuntut komitmen yang padu daripada seluruh warga UPM, bahkan daya kreativiti serta daya inovasi mereka yang luar biasa bagi menghasilkan cara penyelesaian yang praktikal dan lestari. Dengan gabungan kerangka yang mantap, konsep yang tepat, dan strategi pencapaian yang terkehadapan, negara akan dapat mewujudkan ekosistem makanan yang lestari, berdaya tahan dan setara, serta mampu mendepani apa juga krisis yang berlaku pada masa akan datang. |
---|