Sikap dan persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terus menjadi wahana kepada dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun dalam menghadapi arus globalisasi yang tidak mengenal sempadan yang penghuninya terdiri daripada generasi x, y, z dan generasi I atau Generasi Net atau Net Gen. Peranan pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Muhammad Alif Redzuan, Hussin, Sanimah
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15655/1/Sikap%20dan%20persepsi%20pelajar%20terhadap%20penggunaan%20aplikasi%20Web%202.0%20dalam%20proses%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20bahasa%20Jepun%20di%20Universiti%20Putra%20Malaysia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15655/
https://jurnal.plm.org.my/?page_id=274
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terus menjadi wahana kepada dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun dalam menghadapi arus globalisasi yang tidak mengenal sempadan yang penghuninya terdiri daripada generasi x, y, z dan generasi I atau Generasi Net atau Net Gen. Peranan pensyarah juga berubah daripada sumber pengetahuan dan rujukan pelajar menjadi fasilitator. Namun demikian, inibukan bermakna pensyarah boleh digantikan dengan aplikasi teknologi maklumat dan teknologi (ICT) kerana peranan pensyarah diperlukan untuk membimbing pelajar berkenaan kaedah belajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun. Antara aplikasi Web 2.0 yang dipilih ialah penggunaan Edmodo, YouTube, Kahoot dan PutraBlast. Seramai 100 orang pelajar bahasa Jepun Asas Tahap 1 Universiti Putra Malaysia dijadikan sampel kajian. Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul data adalah soal selidik, temubual dan pemerhatian. Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22 digunakan sebagai alat untuk analisis statistik deskriptif untuk menganalisis data. Dapatan menunjukkan penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantuan mengajar dalam kalangan sampel kajian memberi kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun.