Pembelajaran murid tahfiz sekolah agama kerajaan di Malaysia: bentuk adab dan amalan murid yang dilaksanakan

Salah satu bentuk pembelajaran yang semakin mendapat tempat di negara ini ialah pembelajaran tahfiz. Pembelajaran tahfiz negara ini yang ditawarkan di sekolah agama kerajaan turut meliputi aliran akademik. Oleh itu, murid yang mengikuti pembelajaran tahfiz ini perlu memiliki komitmen yang tinggi bag...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fakhruddin, Fathiyah, Mohd Ayub, Ahmad Fauzi, Che Hassan, Norlizah, Abd Mutalib, Lukman, Wan Jaafar, Wan Marzuki
Format: Article
Language:English
Published: Global Academic Excellence 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54347/1/Pembelajaran%20murid%20tahfiz%20sekolah%20agama%20kerajaan%20di%20malaysia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54347/
http://www.ijepc.com/archived.asm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Salah satu bentuk pembelajaran yang semakin mendapat tempat di negara ini ialah pembelajaran tahfiz. Pembelajaran tahfiz negara ini yang ditawarkan di sekolah agama kerajaan turut meliputi aliran akademik. Oleh itu, murid yang mengikuti pembelajaran tahfiz ini perlu memiliki komitmen yang tinggi bagi memastikan mereka mampu mengikuti pembelajaran dengan baik. Selain itu, aspek adab dan amalan tertentu juga penting dilaksanakan murid bagi menyokong pembelajaran tahfiz yang diikuti. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi meneroka adab dan amalan yang dilaksanakan oleh murid aliran tahfiz tersebut. Temu bual mendalam dijalankan terhadap dua belas orang murid tahfiz yang telah mengikuti aliran ini sekurang-kurangnya tiga tahun. Dapatan menunjukkan bahawa antara adab yang dilaksanakan oleh subjek kajian ialah menjaga niat, menjaga adab dengan guru, adab dengan ibubapa, adab dengan rakan serta memuliakan alQuran. Manakala daripada aspek amalan pula, subjek kajian dilihat berusaha untuk membiasakan diri dengan amalan sunat seperti solat sunat, bangun untuk solat malam, puasa sunat, membaca surah tertentu, berdamping dengan penghafaz al-Quran serta berusaha menghindari maksiat. Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang mengikuti aliran tahfiz perlu melaksanakan beberapa adab dan amalan penting khusus bagi memudahkan pembelajaran tahfiz yang diikuti. Kajian ini mengemukakan cadangan agar pihak sekolah yang menawarkan aliran tahfiz tidak mengabaikan aspek adab dan amalan bagi dilaksanakan murid. Cadangan turut dikemukakan agar guru dan ibubapa juga memberi penekanan kepada aspek adab dan amalan ibadah yang perlu dilaksanakan bagi menyokong proses pembelajaran tahfiz.