Penerapan nilai akhlak dalam pengajaran guru Pendidikan Islam menurut Al-Ghazali

Akhlak adalah asas penting dalam Islam dan menjadi salah satu tunjang utama dalam pembinaan sahsiah diri manusia. Dalam perkembangan pendidikan abad ke 21, masalah keruntuhan akhlak semakin serius terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Oleh itu, guru Pendidikan Isl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Fauzi, Ainul Widad, Suhid, Asmawati, Mohd Fakhruddin, Fathiyah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58818/1/35-46.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58818/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Akhlak adalah asas penting dalam Islam dan menjadi salah satu tunjang utama dalam pembinaan sahsiah diri manusia. Dalam perkembangan pendidikan abad ke 21, masalah keruntuhan akhlak semakin serius terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Oleh itu, guru Pendidikan Islam sebagai medium penting untuk membina sahsiah diri murid perlu memahami dan menguasai pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan nilai akhlak diterap dengan berkesan. Ini selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi melahirkan murid yang mempunyai pegangan agama kukuh serta penghayatan akhlak yang mendalam. Penulisan kertas konsep ini tertumpu kepada perbincangan beberapa kaedah penerapan nilai akhlak yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah rendah menurut pandangan Al-Ghazali. Antara kaedah penerapan nilai akhlak yang diusulkan Al-Ghazali ialah melalui teladan, latihan dan pembiasaan, nasihat serta ganjaran dan hukuman.