Jurang leksikal dalam penterjemahan kata kerja pola af`ala dan fa`ala al-Quran ke Bahasa Melayu
Jurang leksikal merupakan fenomena yang sering merisaukan penterjemah disebabkan penterjemah perlu mencari padanan terbaik untuk merapatkan jurang leksikal agar terjemahan yang dihasilkan menepati mesej teks asal. Kajian ini dijalankan untuk membincangkan jurang leksikal dalam penterjemahan kata ker...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62246/1/Jurang%20leksikal%20dalam%20penterjemahan%20kata%20kerja%20pola%20af%60ala%20dan%20fa%60ala%20al-Quran%20ke%20Bahasa%20Melayu.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62246/ http://journal.kuis.edu.my/jsass/jsass-vol-4-bil-1-2017 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | Malay |
Summary: | Jurang leksikal merupakan fenomena yang sering merisaukan penterjemah disebabkan penterjemah perlu mencari padanan terbaik untuk merapatkan jurang leksikal agar terjemahan yang dihasilkan menepati mesej teks asal. Kajian ini dijalankan untuk membincangkan jurang leksikal dalam penterjemahan kata kerja al-Quran pola afᶜala dan faᶜᶜala ke bahasa Melayu dalam ‘al-Quran Mashaf Malaysia dan Terjemahan’ dan ‘Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran’. Berlandaskan model jurang leksikal
dalam terjemahan dan teknik terjemahan intervensi untuk menangani jurang leksikal dalam terjemahan oleh Darwish (2010) yang digunakan sebagai rangka kerja teori, kajian ini mengaplikasikan pendekatan kajian kualitatif melalui penerapan reka bentuk kajian kes dan analisis tekstual. Sebanyak 6 sampel telah dipilih dan dianalisis untuk merealisasikan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ‘al-Quran Mashaf Malaysia dan Terjemahan’ dan ‘Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran’ telah menggunakan pelbagai teknik penterjemahan dalam menangani jurang leksikal dalam penterjemahan al-Quran dan kepelbagaian teknik ini telah memberi implikasi kepada makna kata kerja tersebut. Antara implikasi tersebut termasuklah terjemahan yang menepati mesej asal al-Quran, terjemahan yang menyebabkan kehilangan makna, terjemahan yang menyebabkan perbezaan makna dan terjemahan yang mengimplisitkan mukjizat pemilihan kata dalam al-Quran. Kajian ini juga mendapati bahawa variasi padanan makna dalam terjemahan kata kerja terpilih yang dikemukakan oleh kedua-dua terjemahan ini tidak menunjukkan bahawa sesuatu terjemahan itu adalah salah atau betul. Bahkan padanan
dibuat berlandaskan perbezaan pandangan sarjana bahasa dan para pentafsir al-Quran yang muktabar. |
---|