Kaedah pemupukan semangat patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran dari perspektif mahasiswa

Sememangnya proses pemupukan semangat patriotisme melalui pendidikan secara rasmi dalam kalangan rakyat Malaysia telah berlaku semenjak di bangku sekolah tadika lagi. Hal ini berterusan sehingga ke peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Namun, fenomena keterhakisan semang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ku Samsu, Ku Hasnita, Adnan, Zatul Himmah, Ismail, Mohd Mahadee, Lee, Yok Fee, Ab. Majid, Arfah, Ab. Razak, Ratna Roshida
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64254/1/COSNA-4.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64254/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Sememangnya proses pemupukan semangat patriotisme melalui pendidikan secara rasmi dalam kalangan rakyat Malaysia telah berlaku semenjak di bangku sekolah tadika lagi. Hal ini berterusan sehingga ke peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Namun, fenomena keterhakisan semangat patriotisme yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini telah menimbulkan persoalan tentang kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek berelemenkan patriotisme yang telah dilalui oleh rakyat khususnya generasi muda selama ini. Contoh keterhakisan semangat patriotisme tersebut adalah seperti penghinaan terhadap institusi beraja, agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa kebangsaan, Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan. Justeru kajian ini akan meneliti dari peringkat akar-umbi tentang kaedah bersesuaian yang diinginkan oleh mahasiswa untuk memupuk semangat patriotisme mereka. Sehubungan itu, kaedah nominal group technique (NGT) telah digunakan untuk mendapat maklum balas secara langsung dan telus daripada informan yang terdiri daripada para mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) tentang aspek tersebut. Dapatan kajian memaparkan kaedah pengajaran yang menarik seperti lawatan sambil belajar dan pembelajaran berorientasikan pelajar merupakan kaedah yang paling bersesuaian dan disukai pelajar untuk memupuk semangat patriotisme mereka.