Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks
Kanser jarang diperbualkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun mereka menyedari bahawa kanser merupakan penyakit utama yang boleh menyebabkan kematian. Malahan, ujian calitan juga masih tidak dibincangkan secara terbuka terutamanya dalam kalangan orang Melayu yang menetap di kawasan luar b...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66788/1/FBMK%202016%2045%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66788/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kanser jarang diperbualkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun mereka
menyedari bahawa kanser merupakan penyakit utama yang boleh menyebabkan
kematian. Malahan, ujian calitan juga masih tidak dibincangkan secara terbuka
terutamanya dalam kalangan orang Melayu yang menetap di kawasan luar bandar kerana
ujian calitan dianggap sebagai tajuk perbualan yang sensitif. Hal ini bertambah serius
apabila jururawat muda yang belum berkahwin yang berkhidmat di Klinik Desa juga
berasa malu untuk membincangkan ujian calitan dengan pesakit luar bandar.
Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan penggunaan komunikasi
interpersonal untuk mendapatkan maklumat mengenai kanser serviks sebagai faktor
pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi untuk menjalani
ujian calitan. Reka bentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang
berstruktur ditadbir sendiri oleh penyelidik.
Pengedaran borang soal selidik dijalankan di empat buah klinik kesihatan iaitu Klinik
Kesihatan Botanik mewakili daerah Klang, Klinik Kesihatan Seri Kembangan mewakili
daerah Petaling, Klinik Kesihatan Jenjarom mewakili daerah Kuala Langat dan Klinik
Kesihatan Dengkil mewakili daerah Sepang. Kajian melibatkan 476 orang responden
wanita berumur antara 20 hingga 65 tahun yang diminta mengisi borang soal selidik
sewaktu mereka sedang menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan rawatan
di empat buah klinik kesihatan yang terpilih. Analisis data dijalankan dengan
menggunakan perisian komputer SPSS versi 22.0.
Hasil kajian mendapati tahap kepercayaan terhadap sumber interpersonal untuk
mendapatkan maklumat kanser serviks adalah tinggi dibandingkan dengan tahap
penggunaan komunikasi interpersonal untuk mendapatkan maklumat kanser serviks.
Kajian ini mengesahkan perkaitan antara persepsi wanita terhadap kanser serviks dan
ujian calitan dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Kajian turut mengesahkan
perkaitan penggunaan komunikasi interpersonal sebagai faktor pengantara untuk
mendapatkan maklumat tentang kanser serviks dalam hubungan penggunaan media
massa dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Oleh itu, penyampaian maklumat
dengan menggunakan pendekatan komunikasi secara interpersonal haruslah lebih kerap digunakan dalam penyebaran maklumat berkaitan dengan kanser serviks dan ujian calitan. |
---|