Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks

Kanser jarang diperbualkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun mereka menyedari bahawa kanser merupakan penyakit utama yang boleh menyebabkan kematian. Malahan, ujian calitan juga masih tidak dibincangkan secara terbuka terutamanya dalam kalangan orang Melayu yang menetap di kawasan luar b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Soo, Shey San
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66788/1/FBMK%202016%2045%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66788/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
id my.upm.eprints.66788
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.667882019-01-31T08:01:38Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66788/ Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks Soo, Shey San Kanser jarang diperbualkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun mereka menyedari bahawa kanser merupakan penyakit utama yang boleh menyebabkan kematian. Malahan, ujian calitan juga masih tidak dibincangkan secara terbuka terutamanya dalam kalangan orang Melayu yang menetap di kawasan luar bandar kerana ujian calitan dianggap sebagai tajuk perbualan yang sensitif. Hal ini bertambah serius apabila jururawat muda yang belum berkahwin yang berkhidmat di Klinik Desa juga berasa malu untuk membincangkan ujian calitan dengan pesakit luar bandar. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan penggunaan komunikasi interpersonal untuk mendapatkan maklumat mengenai kanser serviks sebagai faktor pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Reka bentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang berstruktur ditadbir sendiri oleh penyelidik. Pengedaran borang soal selidik dijalankan di empat buah klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Botanik mewakili daerah Klang, Klinik Kesihatan Seri Kembangan mewakili daerah Petaling, Klinik Kesihatan Jenjarom mewakili daerah Kuala Langat dan Klinik Kesihatan Dengkil mewakili daerah Sepang. Kajian melibatkan 476 orang responden wanita berumur antara 20 hingga 65 tahun yang diminta mengisi borang soal selidik sewaktu mereka sedang menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan rawatan di empat buah klinik kesihatan yang terpilih. Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 22.0. Hasil kajian mendapati tahap kepercayaan terhadap sumber interpersonal untuk mendapatkan maklumat kanser serviks adalah tinggi dibandingkan dengan tahap penggunaan komunikasi interpersonal untuk mendapatkan maklumat kanser serviks. Kajian ini mengesahkan perkaitan antara persepsi wanita terhadap kanser serviks dan ujian calitan dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Kajian turut mengesahkan perkaitan penggunaan komunikasi interpersonal sebagai faktor pengantara untuk mendapatkan maklumat tentang kanser serviks dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Oleh itu, penyampaian maklumat dengan menggunakan pendekatan komunikasi secara interpersonal haruslah lebih kerap digunakan dalam penyebaran maklumat berkaitan dengan kanser serviks dan ujian calitan. 2016-04 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66788/1/FBMK%202016%2045%20IR.pdf Soo, Shey San (2016) Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Kanser jarang diperbualkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun mereka menyedari bahawa kanser merupakan penyakit utama yang boleh menyebabkan kematian. Malahan, ujian calitan juga masih tidak dibincangkan secara terbuka terutamanya dalam kalangan orang Melayu yang menetap di kawasan luar bandar kerana ujian calitan dianggap sebagai tajuk perbualan yang sensitif. Hal ini bertambah serius apabila jururawat muda yang belum berkahwin yang berkhidmat di Klinik Desa juga berasa malu untuk membincangkan ujian calitan dengan pesakit luar bandar. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan penggunaan komunikasi interpersonal untuk mendapatkan maklumat mengenai kanser serviks sebagai faktor pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Reka bentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang berstruktur ditadbir sendiri oleh penyelidik. Pengedaran borang soal selidik dijalankan di empat buah klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Botanik mewakili daerah Klang, Klinik Kesihatan Seri Kembangan mewakili daerah Petaling, Klinik Kesihatan Jenjarom mewakili daerah Kuala Langat dan Klinik Kesihatan Dengkil mewakili daerah Sepang. Kajian melibatkan 476 orang responden wanita berumur antara 20 hingga 65 tahun yang diminta mengisi borang soal selidik sewaktu mereka sedang menunggu giliran masing-masing untuk mendapatkan rawatan di empat buah klinik kesihatan yang terpilih. Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 22.0. Hasil kajian mendapati tahap kepercayaan terhadap sumber interpersonal untuk mendapatkan maklumat kanser serviks adalah tinggi dibandingkan dengan tahap penggunaan komunikasi interpersonal untuk mendapatkan maklumat kanser serviks. Kajian ini mengesahkan perkaitan antara persepsi wanita terhadap kanser serviks dan ujian calitan dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Kajian turut mengesahkan perkaitan penggunaan komunikasi interpersonal sebagai faktor pengantara untuk mendapatkan maklumat tentang kanser serviks dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi untuk menjalani ujian calitan. Oleh itu, penyampaian maklumat dengan menggunakan pendekatan komunikasi secara interpersonal haruslah lebih kerap digunakan dalam penyebaran maklumat berkaitan dengan kanser serviks dan ujian calitan.
format Thesis
author Soo, Shey San
spellingShingle Soo, Shey San
Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks
author_facet Soo, Shey San
author_sort Soo, Shey San
title Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks
title_short Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks
title_full Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks
title_fullStr Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks
title_full_unstemmed Komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks
title_sort komunikasi interpersonal sebagai pengantara dalam hubungan penggunaan media massa dengan motivasi menjalani ujian calitan kanser serviks
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66788/1/FBMK%202016%2045%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66788/
_version_ 1643838711501160448