Pemerkasaan kemahiran berfikir aras tinggi murid perakaunan melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan antara enam aspirasi murid yang difokuskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Usaha melahirkan murid yang mempunyai tahap penguasaan KBAT yang baik dan cemerlang mampu menyediakan murid untuk bersaing dalam dunia pendidikan g...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamaluddin, Nor Sa'adah, Abdul Kadir, Suhaida, Abdullah, Arnida, Alias, Siti Noormi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67772/1/GREDUC_2018-25.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67772/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan antara enam aspirasi murid yang difokuskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Usaha melahirkan murid yang mempunyai tahap penguasaan KBAT yang baik dan cemerlang mampu menyediakan murid untuk bersaing dalam dunia pendidikan global selain menyediakan murid dengan nilai kebolehpasaran yang tinggi. Penguasaan KBAT yang baik dan cemerlang juga mempunyai hubung kait strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Pemilihan strategi PdP yang tepat dan sesuai oleh guru mampu melakukan transformasi minda murid agar berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu tugasan mahupun masalah. Pengaplikasian Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan antara strategi PdP yang seringkali diberikan penekanan dalam sesi PdPc di sekolah. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan menjadikan murid tingkatan 4 kelas perakaunan sebagai sampel kajian dalam mengkaji kesan PBP ke atas perubahan penguasaan KBAT dalam topik Belanjawan Tunai melalui keterlibatan elemen scaffolding. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental kuasi yang melibatkan satu kumpulan eksperimen melalui ujian pra dan ujian post. Penggunaan perisian statistik berkomputer ‘IBM SPSS Statistics’ versi 22 dilibatkan bagi tujuan penganalisisan data. Melaui ujiant berpasangan yang dilakukan, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min penguasaan KBAT murid melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding dalam ujian post. Justeru itu, keterlibatan elemen scaffolding dalam pembelajaran berasaskan projek menyumbang kepada peningkatan penguasaan KBAT murid sekaligus membuktikan strategi PdP berasaskan projek sesuai untuk diimplementasi dalam sesi PdPc di sekolah.