Hubungan antara efikasi kendiri, estim kendiri dan pengalaman pengajaran dengan tekanan kerja pensyarah dikolej vokasional
Penstrukturan semula kurikulum vokasional dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional memperlihatkan penambahan amalan industri atau amali teknikal sebanyak 70 peratus kepada pelajar kolej vokasional. Proses penstrukturan ini secara tidak langsung telah menyebabkan pertambahan beban...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76266/1/FPP%202017%2043%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76266/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penstrukturan semula kurikulum vokasional dalam Pelan Strategik
Transformasi Pendidikan Vokasional memperlihatkan penambahan amalan
industri atau amali teknikal sebanyak 70 peratus kepada pelajar kolej
vokasional. Proses penstrukturan ini secara tidak langsung telah menyebabkan
pertambahan beban kerjadan meningkatkan risiko tekanan kerja dalam
kalangan pensyarah. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap tekanan kerja,
efikasi kendiri dan estim kendiridalam kalangan pensyarahvokasional serta
melihat hubungan antara pemboleh ubah tersebut. Selain itu kajian ini juga
bertujuan untuk menentukan peramal kepada tekanan kerja dalam kalangan
pensyarahvokasional.
Reka bentuk deskriptif korelasi digunakan untukmenjalankan kajian ini. Kaedah
persampelan rawak berstrata tidak berkadaran digunakan untuk melihat
perbezaan antara bidang pengajaran.Responden kajian melibatkan 288 orang
pensyarahyang mengajar bidang Teknologi Awam, Teknologi Elektrik dan
Elektronik serta Teknologi Mekanikal Pembuatan di 18 buah Kolej Vokasional
negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan,
Melaka dan Johor. Instrumen penyelidikan yang digunakan diubahsuai
daripada pengkaji lepas antaranya Teacher Sense of Efficacy Scale oleh
Tschannen-Moran dan Hoy (2001), Computer Technology Integration Survey
oleh Wang et al., (2004), Rosenberg Self-Esteem Scale oleh Rosenberg (1965)
dan soal selidik tekanan kerja oleh Henning dan Keller (1996).
Dapatan kajian menunjukkan efikasi kendiri pensyarahvokasional adalah tinggi
(M=3.89, SD=0.57) manakalaestim kendiri (M=2.90, SD=0.65) dan tekanan kerja(M=2.58, SD=0.94) adalah sederhana. Selain itu, terdapat perbezaan
antara min tekanan kerja bagi pensyarah Teknologi Elektrik dan Elektronik,
Teknologi Mekanikal dan Pembuatan serta Teknologi Awam. Dapatan kajian
menunjukkan wujudnya hubungan signifikan antara tekanan kerja dengan
efikasi kendiri (r=-0.692), estim kendiri (r=-0.485) dan pengalaman mengajar
(r=-0.463). Selain itu, efikasi kendiri, estim kendiri, dan pengalaman mengajar
merupakan peramal kepada tekanan kerja.
Kesimpulannya, ciri-ciri individu iaitu efikasi kendiri, estim kendiri dan
pengalaman mengajar memberikan pengaruh terhadap tekanan kerja. Oleh
yang demikian, pensyarah vokasional dengan kerjasama Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional serta pentadbir kolej vokasional perlu menggalakan
pensyarah untuk meningkatkan keyakinan dalam kemahiran mengajar agar
lebih bersedia untuk berhadapan dengan cabaran transformasi pendidikan. |
---|