Persepsi pekerja bengkel terhadap kepentingan etika dan tanggungjawab sosial

Industri pembaikan kenderaan bermotor dilihat sebagai industri yang mampu memberi impak yang besar sama ada kepada masyarakat mahupun ekonomi negara. Kualiti perkhidmatan bengkel yang disediakan terhadap kenderaan pengguna sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kondisi kenderaan dan mempengaruhi kesela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahuddin, Muhamat Yawasi, Abu Bakar, Elistina, Osman, Syuhaily
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76765/1/MACFEA16-11.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76765/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Industri pembaikan kenderaan bermotor dilihat sebagai industri yang mampu memberi impak yang besar sama ada kepada masyarakat mahupun ekonomi negara. Kualiti perkhidmatan bengkel yang disediakan terhadap kenderaan pengguna sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kondisi kenderaan dan mempengaruhi keselamatan pengguna semasa memandu. Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi pekerja bengkel terhadap kepentingan etika dan tanggungjawab sosial dalam menyediakan perkhidmatan pembaikan kepada pengguna. Seramai 300 orang pekerja bengkel di Lembah Klang dipilih secara rawak mudah daripada senarai Persatuan Persekutuan Pemilik Bengkel Malaysia. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi bahawa kepentingan etika hanya untuk mencapai keuntungan organisasi tetapi tidak bagi memenuhi tanggungjawab mereka terhadap komuniti. Hasil kajian ini juga menunjukkan persepsi ini merupakan faktor peramal yang kuat dalam mempengaruhi amalan kawal selia kendiri pekerja bengkel dalam menyediakan perkhidmatan kepada pengguna. Implikasi kajian adalah penting kepada kerajaan, peniaga dan industri pembaikan kenderaan bermotor bagi meningkatkan kawal selia kendiri dan meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan etika dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pekerja bengkel.