Penggunaan Strategi Belajar Bersama Rakan Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Di Universiti Teknologi Mara (Uitm) (The Use Of Peer Learning Strategy Among Arabic Language Course Students At Universiti Teknologi Mara (Uitm))
Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbent...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Sains Malaysia
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/34601/1/apjee27_2012_ART_3_%2837-50%29.pdf http://eprints.usm.my/34601/ http://apjee.usm.my/APJEE_27_2012/apjee27_2012_ART%203%20(37-50).pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu
subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Kajian ini bertujuan untuk
melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam
konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM. Ia berbentuk kajian campuran antara
kuantitatif dan kualitatif serta menggunakan instrumen soal selidik pembelajaran kendiri
(self-regulated learning) yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for
Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Seramai 445 orang sampel terlibat
dalam soal selidik yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata (stratified
random sampling). Data kualitatif pula melibatkan 13 siri temu bual bersama pelajar.
Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, pelajar menggunakan strategi ini
pada tahap yang tinggi. Penelitian terhadap subkomponen strategi ini pula menunjukkan
bahawa ia paling banyak digunakan dalam gerak kerja berkumpulan, manakala tahap
kesediaan pelajar untuk menerangkan pelajaran kepada rakan serta kesediaan pelajar
untuk meluangkan masa untuk berbincang dengan rakan, masih lagi sederhana. Kajian ini
mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam pembelajaran kemahiran lisan
bahasa Arab di UiTM seperti menggunakan pembantu pembelajaran bahasa Arab dalam
kalangan pelajar sendiri. |
---|