Strategi pembelajaran adjektif oleh pelajar asing berdasarkan korpus dan medan semantik

Pembelajaran bahasa Melayu khususnya aspek morfologi merupakan aspek yang agak sukar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu merupakan sejenis bahasa aglutinatif yang memanfaatkan imbuhan dalam pembentukan kata. Justeru pengajaran d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazri, Nur Nazira, Hassan, Hasmidar
Other Authors: Abu, Norsofiah Bakar
Format: Book Section
Language:English
Published: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46529/1/ART%2014.pdf
http://eprints.usm.my/46529/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sains Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pembelajaran bahasa Melayu khususnya aspek morfologi merupakan aspek yang agak sukar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu merupakan sejenis bahasa aglutinatif yang memanfaatkan imbuhan dalam pembentukan kata. Justeru pengajaran dan pembelajaran aspek morfologi bahasa Melayu perlu dilakukan berdasarkan kaedah yang tertentu dan berdasarkan bentuk kata yang bersifat konkrit kepada abstrak dan mudah kepada yang lebih susah. Dalam konteks morfologi, golongan kata adjektif dilihat sering menimbulkan masalah kepada pelajar asing. Hal ini demikian kerana adjektif melibatkan nilai rasa dan pandangan hidup penutur asli. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran adjektif perlu berasaskan konteks penggunaan dan tidak boleh diajarkan secara terpisah. Berdasarkan penulisan karangan pelajar-pelajar daripada dua buah universiti awam dan universiti swasta, kata adjektif sifatan atau keadaan dan kata adjektif perasaan merupakan kata adjektif yang paling banyak digunakan dengan salah oleh para pelajar. Atas sebab itu, strategi pembelajaran adjektif berdasarkan korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan kaedah medan semantik dicadangkan bagi membolehkan para pelajar asing memahami penggunaan adjektif dengan betul berdasarkan konteks ayat yang betul.